HIJRAH ANAK MANJA
Setapak kaki
melangkah di bumi asing,
Bukanlah seindah setenang fajar menyinsing,
Membawa debaran hati kian merunsing,
Fikiran bercelaru sehebat putaran gasing,
Kekeliruan keresahan terus ligat
berpusing-pusing.
Tika itu,
Kuratib kembali
keazaman lalu,
Kuseru
mantera ikrar masa dulu,
Kubangkitkan kekuatan kalbu,
Agar bisa memandu menentu tuju.
Memahat
keyakinan memimpin jalanku,
Menyahut kepayahan di destinasi baru.
Tika ini,
Kumenanti mekar mewangi kudup belantara,
Kumengharap tumbuh merimbun pohonan bangsa,
Kumerayu
sinar menembus kelam sekian lamanya,
Kumerelakan sang rerama terbang menghias udara,
Biar semuanya
mengecapi nikmat keindahan dunia.
Kerana,
Hijrah itu seiring pengorbanan,
Menghayut cinta membara kerinduan,
Saat segala melitupi kesedihan,
Takkala hati meresap selautan pengalaman,
Bergelar insan penunjuk jalan,
Mengepala bahtera meyelusur pedoman.
No comments:
Post a Comment