Thursday, December 17, 2015

PERJALANAN INI SUNGGUH INDAH......

syukur masih lagi aku sempat menghirup udara segar kurniaan Allah... diberinya rahmat... diberinya kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini.

























Thursday, December 3, 2015

Kini kembali......



HIJRAH ANAK MANJA

Setapak kaki  melangkah di bumi asing,
Bukanlah seindah setenang fajar menyinsing,
Membawa debaran hati kian merunsing,
Fikiran bercelaru sehebat putaran gasing,
Kekeliruan keresahan terus ligat berpusing-pusing.





Tika itu,
Kuratib kembali  keazaman lalu,
Kuseru  mantera ikrar masa dulu,
Kubangkitkan kekuatan kalbu,
Agar bisa memandu menentu tuju.
Memahat  keyakinan  memimpin jalanku,
Menyahut kepayahan di destinasi baru.

Tika ini,
Kumenanti mekar mewangi kudup belantara,
Kumengharap tumbuh merimbun pohonan bangsa,
Kumerayu  sinar menembus kelam sekian lamanya,
Kumerelakan sang rerama terbang menghias udara,
Biar semuanya  mengecapi nikmat keindahan dunia.

Kerana,
Hijrah itu seiring pengorbanan,
Menghayut cinta membara kerinduan,
Saat segala melitupi kesedihan,
Takkala hati meresap selautan pengalaman,
Bergelar insan penunjuk jalan,
Mengepala bahtera meyelusur pedoman.





Mengapa menyepi

Duhai hati mengapa menyepi sekian lana sedang hati masih terus meminta .,,, salam perkenalan kembali