sedar tak sedar maulidul rasul kembali lagi.....
seseorang yang aku jadikan sebagai idola..... seseorang yang aku sayang melebihi kedua ibu bapaku......
seseorang yang membawa cahaya kebenaran..... apa mungkin aku mampu untuk mengikut keperibadiannya yang terpuji..... apakah aku tidak pernah menjadikan rasulullah sebagai ikutan...... mengapa sunnah mu aku lupa .... perjuanganmu aku tinggalkan ... kerana dunia yang menjanjikan bahagia yang hanya seketika..... dunia yang tiada jaminan syurga.....
malam ini aku merenung di luar jendela... meratapi dosa2 yang telah aku lakukan... layakkah aku bergelar pengikutmu????.... hanya yasin dan tahlil yang aku hadiahkan selain dari selawat yang hanya kadang2 bermain di bibir..... entah selawat yang mudah itu pun aku tak mampu untuk kerap kali lafazkan sebagai rasa cinta aku terhadapmu .....
perjuangan hidup aku masih belum selesai.... selagi aku masih bernyawa selagi itu peluang untuk menjadi pengikut mu yang beriman dan istiqamah pada jalan yang benar..... hidup aku hanya seperti lalang yang sentiasa berubah pendirian..... sekali kebaikan aku lakukan di selangi dengan dosa.... kawan2... bukan mudah untuk berubah dan bukan susah untuk berputus asa.....
tergambar wajah indah permata di taman syurga... belum tentu engkau terpilih untuk bersamanya......
renung2kan dan berubah lah.....
No comments:
Post a Comment