Saturday, December 31, 2011

ku tinggalkan kenangan semalam...

Alhamdulillah .... tahun 2011 akan melangkah pergi.... kini aku menanti tibanya tahun baru agar ia memberikan aku semangat baru.. ingin aku kongsi bagaimana cara yang terbaik utk sambut tahun baru....

  • kita sesama buat solat hajat mohon dijauhkan dari bencana yang merosakkan maruah agama kita (zina dan seks bebas) kerana sudah tentu ramai bayi yg terhasil tanpa sah pada malam tahun baru.....
  • tetapkan azam dan matlamat yg jelas pada jalan Allah...
  • istiqamah cinta atas jalan iman dan islam...
  • gandakan usaha untuk majukan umat islam....
kutinggalkan kisah semalam yang buruk2:
  • malas nak baca Al-Quran....
  • solat kena paksa.. ish2 teruknya aku...
  • malas belajar.... _semakin nak habis study makin malas jadinya_....
  • x jaga batas pergaulan... (x delah sampai aku sentuh anak dara orang  setakat ni)
  • ape lagi yer.... sebenarnya banyak lagi yg buruk......
izinkan aku melangkah di duniaMu... agar aku temui hidayah Mu.... bersama yang tercinta....Ya Allah seandainya aku khilaf selama ini ampunilah aku,..... lindungilah jalan buat saudara ku aisyah agar ia sentiasa tenang meniti jalanMu ya Allah....

p/s: mood tgah x tenang dok pikir ttg result sem6..... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuyhu.....

Saturday, December 24, 2011

apa yg kita nak sebenarnya.....

termenung aku sendiri.... entah semakin hari semakin aku terfikir.....
APA SEBENARNYA YANG AKU MAHUKAN......
aku sendiri tak pasti... dimana kesudahannya keinginan aku.... aku x bersyukur ke?... aku hanya ingin mengejar peluang untuk berubah..... adakah aku terlalu kejam.... membiarkan urusan cinta itu ketepi.... menghancurkan kerinduanya untuk menjaga kesucian islam.... aku cuma takut hati terbelenggu dengan cinta kerana aku masih belum halal untuk kamu..... maaf sangat2 sebab sering melukakan hati kamu.... aku masih belum cukup sempurna untuk menerima cinta kamu............. sehingga kamu menjadi halal untuk aku... bukan aku tak memahami apa yang kamu inginkan tapi masanya belum tiba..... aku harap kau mengerti.... bukan semua yang kita inginkan itu terbaik untuk kita,,,, ingatlah walau sesulitmana pun dugaan itu ingat hasilnya tetap yg terbaik untuk kita.... berikanlah aku hidayah Mu...... Istiqamahkan aku pada jalan Mu....... Redhalah setiap perjuangan aku ini Ya Allah.....

seringkali juga aku menjadi seorang yg selfish.... cakap aku je betul..... cakap org semua salah ..... aku ni serba tahu pada hakikatnya ...... teruk sangat2..

its time utk berubah....... go n never give up.....

Sunday, December 18, 2011

edit dr blog lama..

tentunya anda masih ingat kisah ini...
inilah penulisan insan yang masih mencari pegangan hidup dalam sinar islam.... cara dakwahku mungkin berbeza dengan kalian... namun InsyaAllah apa yang cuba aku sampaikan tidak bercanggah dengan islam..... mungkin ini coretan hati bagi insan yang teringin memeluk islam.... Aisya Humairah aku sangat berharap agar engkau diberi hidayah... aku bukan wali mahupun nabi.... ilmuku cukup terbatas.... namun aku akan membantu engkau untuk memudahkan jalan engkau menuju ALLAH yang selayaknya kita sembah.....

islam itu umpama epal.....

inilah perkongsian petunjuk selepas aku mengalami stress yg amat serabut.....

satu kumpulan manusia akan diberi sebiji epal setiap seorang daipadanya.... mereka diberi masa selama satu hari, satu minggu , satu bulan bahkan satu tahun ataupun selama-lamanya untuk menjaga epal itu. epal hendaklah dibawa kemana sahaja tempat yang dia pergi.......

selepas satu satu bulan terdapat tiga golongan dalam kumpulan tersebut... golongan pertama menghilangkan epal kerana kecuaian, golongan kedua membawa epal yang rosak dan golongan ketiga membawa biji epal beserta tangkai sahaja.....

kesimpulan.....
epal itu umpama islam jd islam harus sentiasa bersama kita.... dan kita wajib menjaga islam,,,,

golongan pertama~ mengabaikan islam bahkan ada diantara mereka tidak berpegang pada islam atau murtad... YA ALLAH JAUHKAN UMAT ISLAM DARI BENCANA INI!!!!!

golongan kedua~ masih mengaku islam namun dengan cara yang kurang sesuai atau islam hanya pada nama... ada agama tetapi tidak amalkan.... ada islam namun tak pandai untuk menjaganya ....lihatlah epal itu rosak, islam itu rosak dan sudah tentu islam dipandang rendah,............... YA ALLAH JGN JDIKAN KAMI MUNAFIK.......

golongan terakhir~ adalah golongan yang terbaik kerana dia telah memakan buah epal itu.... dan meninggalkan biji dan tangkai.... ditanya mengapa?... lalu dia menjawab " aku makan buah ini kerana aku mahu ia terus bersama aku... apabila ia sudah sebati dengan darah ku maka aku akan selalu menjaga epal itu...... smalah dengan konsep islam yang kita amalkan dan tempat simpananya adalah di hati..... dan biji tersebut akan saya tanam untuk menjadi pepohon yang lain supaya buahnya akan terus tersebar keseluruh dunia..... kerana islam itu indah jadi kita perlu menyebarkannya supaya orang lain juga kenal islam...."

begitulah konsep hidup beagama ... dakwah itu penting.... masa yang diberi menandakan berapa lama yang kita perlukan untuk memahami islam dan seterusnya menyebarkannya..... setiap orang berbeza.......

P/S : inilah tarian pena hamba yang sentiasa mencari sinar islam yang sebenar........ tolong sebarkn kepada non-muslim.....

setiap manusia itu dikurniakan hati dimana hati ini sentiasa menginginkan kebaikan dan ingin semua orang merasai kebaikan itu... hidayah Allah untuk semua yg berusaha mencarinya.... aku bukan sufi aku hanya manusia biasa yang masih ingin belajar..... jika diri ini lemah berikanlah aku kekuatan.... 


Thursday, December 15, 2011

disebalik yg jernih....

pasti kita merasakan tenang bila melihat air yg mengalir di kala air nya jernih dan bersih.....
namun, siapa tahu bahawa airnya yang beracun.... begitulah diri aku... berselindung disebalik wajah yang baik nih... sebenarnya aku x sebaik itu pun.... aku mmg teruk... dosa berlambak2 dah tak termampu untuk aku tebus.. bila dosa itu masih berterusan... apakah kesudahanya aku akan terjerat oleh api neraka... ya Allah jauhilah aku dari kemungkaran.... 
mengharap cahaya yg semakin terang.... hadir mu kasih aisyah.. memberikan aku kekuatan untuk terus mencari redha Allah....... berikan kami kesucian cinta... agar jalan halal menjadi haluan kami.....

Sunday, December 4, 2011

cinta bukan untuk dimiliki tapi untuk dirasai....

seandainya hati ini masih mampu melangkah jauh tanpa hadirnya dirimu...
sudah pasti aku akan pergi jauh dari sisimu....
seandainya aku sudah tidak berhak untuk cintamu ...
semuanya kuserah pada takdir yang pernah menyatukan aku dan kamu....
seandainya aku sudah tidak kuat untuk bersamamu....
izinkan aku mengabadikan sejarah cintaku dalam mimpimu....

saat aku tanpa mu....
Allah sentiasa bersama ku... dan tetap jua bersama kamu.....
andai jodoh telah tertulis antara aku dan kamu.....
insyaAllah jodoh bersatu dalam sujudmu....

sebuah lukisan cintamu..
tetap bersama dirimu...
andai kau masih mengingatiku...
carilah aku dalam doamu...
insyaAllah ... cinta kita akan bersatu.....

walau cinta terhalang ......
cinta itu takkan hilang.....

aku akan tetap mencintaimu sayang ...... setia selamanya...

Saturday, December 3, 2011

apa dah jadi..

bila umat islam masih lagi berpecah.... dilihat pada politik semata-mata... mana hilangnya ukhwah yang indah antara umat islam... mana perginya persaudaraan kita... siap ada masjid pas n masjid umno.... ish2... mengapa kerana politik kita mencaci bangsa kita sendiri.... kerana kejarkan pangkat kita jadikan fitnah rencah utama.... sampai bila kita ingin menjadi begini..... Ya Allah tunjukkan aku yang mana benar dan yang mana salah....

 sekarang ni... ayat al-Quran dicari semata2 untuk mencetuskan pergaduhan.... yang kita pun tahu lah x suka jadi x payahlah nak melawan mereka dengan mencarut yang menampakkan kita sendiri tiada agama..... susahnya nak dapat sebuah negara yang aman yang benar2 islam... jadi aku pun pening nak sokong yang mana......

 renung2kanlah bicara insan yang lemah ini...

Thursday, December 1, 2011

bila semua senyum!!!!!!...

senyum... x perlu kata apa2...


 entah bukan tak mahu senyum tapi bila hati tak senang nak senyum macam mana.... kan.... bila kita hadapi masalah pun susah nak senyum.... bila gagal exam pun susah gak nak senyum,... bila kecewa dlam bercinta pun susah gak....

 jadi mcm mna nak senyum... ..
~ bukak u tube tengok je lawak bodoh2....
~ then tengok je muka kita kat cermin.... cuba senyum... kalau buruk... gelak kuat2...
~ senyum je sehari 24 jam tanpa sebab....

 semua org pasti bahagia.... sya cuba utk senyum.. 24 jam...... without knowing why i do like that... hahahhahaha... that is KABER..... coz KABER always happy.....  but .... me cannot..coz im too sensitive....

Wednesday, November 30, 2011

PleAsE StaY.....

If I got on my knees and I pleaded with you,
Not to go but to stay in my arms,
Would you walk out the door,
Like you did once before?
This time,
Be different,
Please stay,
don't go.

If I call out your name like a prayer,
Would you leave me alone with my tears?
Knowing I need you so,
Would you still turn and go?
This time,
Be different,
Please stay
don't go
Please stay

I loved you before I even knew your name,
And I wanted to give you my heart,
But then you came back after leaving me one time,
I knew that the heartache would start

If I called out your name like a song,
That was written for you,
You alone
Would you still hurt my pride?
Oh hey, how I cried
This time,
Be different,
Please stay
Please stay, don't go
Please stay, don't go
Please stay. 

entah... tetiba je sedih dengar lgu nie........... harap org yg saya sayang stay with me,....

Tuesday, November 29, 2011

life is not simple...

tell me .....  wht is the best way to get happy.....?..
selamat tahun baru... salam maal hijrah buat semua... semoga kita membuka lembaran baru dengan penuh rasa cinta yang mendalam buat Mahakarya cinta agung.... Allah...

everyone wanna be happy right?
samelah dengan saye... hehhehhe...
betul ke sya cintakan dia atau hanya simpati....??????... i become crazy bila dia xckap x perlu simpati dgnnya....
yg penting bila cinta itu datang ia sukar dikawal....... setiap mesejnya membuatkan aku jadi gila... hahhahahahha.....  risau asyik dia mcm minta putus je... ish2....

what i believe is... jodoh milik Allah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.just let u noe....  for the rest of my life i'll be with u........ terbanglah bersama burung2 menghias pemandangan melakar bintang....

Saturday, November 5, 2011

termenung ku sendiri...

Assalamualaikum...

semakin aku mengejar dunia semakin aku jauh dari Allah....
sehingga aku tersungkur dipersimpangan cinta....
di antara cinta Allah dengan cinta manusia..
akhirnya aku sedar bahawa cinta Allah itu lebih dari segala-galanya.....
kini aku kembali bersujud...

Ya Allah jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur.. amin....

Thursday, October 20, 2011

kisah yg di copy dr blog khalifah... best sangat...


Rasullullah SAW dikatakan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah untuk mengembala kambing milik penduduk Mekah.

Upah tersebut mungkin jauh dari memadai memandangkan kemampuan bapa saudara baginda Abu Talib yang terhad untuk menyara keluarganya sendiri dan Nabi Muhammad yang dalam jagaan beliau itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya itu: "Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia.

"Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, iaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk diniagakan di Syam (Syria).

"Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu?"

Kemungkinan atas rasa segan Nabi Muhammad tidak segera melamar pekerjaan itu walaupun baginda sangat bersetuju memenuhi permintaan bapa saudaranya.

Ini kerana baginda tidak pernah berkenalan dengan Siti Khadijah sebelum ini dan baginya adalah tidak salah supaya wakil pihak wanita itu untuk menemuinya.

Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi: "Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki.

"Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain.

"Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.

Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu."

Lalu kepada wakil itu, Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Siti Khadijah dan tanpa membuang masa baginda bergegas untuk membantu wanita itu.

Baginda mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama baginda dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu.

Pemergian kali ini merupakan satu lagi usaha baru yang dilakukan oleh Rasulullah. Sebelum ini baginda terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk mengembala kambing yang baginda lakukan sejak dalam jagaan ibu susuannya, Halimah Saadiah sehinggalah terlibat dalam peperangan dan sebagainya.

Baginda tidak sekadar membawa dagangan milik Siti Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk diniagakan, tetapi baginda juga perlu niagakan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh wanita bangsawan itu.

Ini bererti baginda sanggup menyahut apa juga cabaran lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang baru atau yang tidak pernah ditempuh oleh baginda sebelum ini.

Hasilnya, sejurus baginda selamat tiba di Syria, diringkaskan seluruh anggota kafilah yang mengikuti rombongan yang diketuai oleh baginda itu akhirnya pulang semula ke Mekah dengan hasil perniagaan yang sangat menguntungkan!

Namun keuntungan yang diperoleh oleh baginda sendiri adalah lebih menguntungkan berbanding saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu.

Peribadi yang menarik

Disebabkan ia merupakan pengalaman pertama baginda berniaga dan juga membawa barang dagangan orang lain, tentulah ia suatu keadaan yang menyukarkan kepada baginda.

Namun ternyata cabaran itu berjaya disahut dan ini menambahkan lagi kematangan dan kemahiran kepada baginda.

Baginda kemudiannya bersama ahli rombongan yang lain kembali semula pulang ke Kota Mekah dalam satu perjalanan yang dipelihara Allah, selamat dari sebarang mara bahaya.

Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka.

"Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera khabarkan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini.

"Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah.

Baginda tidak bermasalah untuk menerima saranan Maisarah itu. Dengan segera baginda berkejar ke Mekah semata-mata untuk menemui Siti Khadijah.

Di Kota Mekah, Siti Khadijah berlari turun dari kamarnya apabila mendapati seorang pemuda tampan yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar.

Beliau segera bertanyakan kepada pemuda tersebut akan berita yang hendak disampaikan kepadanya.

Walaupun ini merupakan kali pertama baginda bertemu Khadijah secara bersemuka, namun baginda tidak mempunyai masalah berkongsi berita-berita gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam.

Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad itu dan tanpa sabar-sabar beliau pun bercerita kepada Khadijah.

Maisarah menceritakan kepada wanita itu pengalaman sepanjang beliau menjadi budak suruhan Nabi Muhammad, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu.

Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan.

Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya.

Di masa lain, Maisarah juga menceritakan kepada wanita ternama ini bagaimana Rasulullah juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Lat dan Uzza.

Tetapi Nabi Muhammad menjawab: "Saya menganggap Lat dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini!"

"Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah.

Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra.

Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu.

Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya.

Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu.

Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".

Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad.

Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad.

"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!

"Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad.

"Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.

Maisarah dan isterinya bebas gara-gara kisah Nabi Muhammad! 


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/kisah-rasulullah-bersemuka-dengan-siti.html#ixzz1bK32f7TC

Wednesday, September 14, 2011

kisah nabi Yusof a.s.... untuk aisyah humairah...

Yusuf yang paling tampan dan paling disayang oleh ayahnya menjadi sasaran iri hati sepuluh orang saudara-saudara lelakinya lain ibu (kecuali Bunyamin yang satu ibu dengan Yusuf). Mereka berencana mencelakakan Yusuf. Awalnya mereka berencana membawa Yusuf keluar dan membunuhnya. Tetapi oleh saran Yahudza (yang sebenarnya menyayangi Yusuf), akhirnya mereka mengubah rencana dengan membuang Yusuf ke suatu sumur agar diambil oleh kafilah dagang yang melewati daerah tersebut. Rencana mereka tersebut dilaksanakan dan berhasil. Sebelum pulang mereka mengambil baju Yusuf dan melumurinya dengan darah palsu. Kemudian, pada Nabi Ya’kub as. ayah mereka, dikatakan bahwa Yusuf tewas diterkam serigala. Nabi Ya’kub sangat sedih karena beliau tahu hal tersebut tidak benar. Beliau sebagai nabi tahu bahwa Yusuf dicelakakan saudara-saudaranya. Tetapi beliau bersabar.
Yusuf dibawa oleh kafilah dagang tersebut dan dijual di Mesir. Salah seorang menteri kerajaan Mesir membelinya sebagai budak. Saat itu yang berkuasa di Mesir adalah seorang raja, bukan fir’aun. Ahli sejarah memperkirakan Nabi Yusuf ada di zaman Dinasti Hyksos sedang berkuasa. Setelah Yusuf dewasa, dia pun diangkat Tuhan menjadi rasul-Nya. Setelah itu, datang ujian dari Tuhan. Beliau terkena fitnah dengan Zulaikha, yaitu istri tuannya. Wanita itu menuduh Nabi Yusuf as. mau menodainya. Fitnah tersebut terbukti tidak benar, tetapi Nabi Yusuf tetap dipenjara untuk menjaga kehormatan tuannya.
Di penjara beliau berjumpa dengan dua orang tahanan yang ingin mimpi mereka ditafsirkan. Nabi Yusuf yang memang diberi mukjizat dapat menafsirkan mimpi, dengan tepat dapat menafsirkan mimpi mereka. Tapi beliau masih berada dalam penjara hingga beberapa tahun kemudian sampai raja Mesir yang bermimpi. Nabi Yusuf pun menafsirkan mimpi raja dengan tepat, hingga akhirnya beliau dikeluarkan dari penjara, dimuliakan dan diangkat jadi bendahara negara Mesir. Setelah menjadi bendahara inilah, saudara-saudaranya datang ke Mesir untuk mencari persediaan pangan karena saat itu sedang paceklik. Mereka yang tak lagi mengenal Nabi Yusuf pun meminta pertolongan pada beliau as. Nabi Yusuf menolong beliau dengan syarat mereka mau membawa adiknya (Bunyamin) ke Mesir. Akhirnya Nabi Yusuf bertemu kembali dengan adiknya. Setelah itu beliau pun meminta saudara-saudaranya membawa ayah dan ibu (tirinya) ke Mesir. Betapa berbahagianya Nabi Ya’kub as. setelah berpisah puluhan tahun dapat bertemu kembali dengan Nabi Yusuf as. Saudara-saudara Nabi Yusuf pun bertaubat pada ALLAH melalui ayah mereka dan ayah mereka pun mau memohonkan ampunan dari Tuhan untuk mereka. Kemudian seluruh keluarga mereka, Nabi Ya’kub, istri-istrinya, anak-anak dan cucu-cucunya pindah ke negeri Mesir, mengikuti Nabi Yusuf as. Inilah asal muasalnya Bani Israil berpindah ke Mesir.
Setelah beratus tahun hidup di Mesir, kekuasaan berpindah. Dinasti Fir’aun kembali dapat merebut kekuasaan dan mengalahkan dinasti para raja Hyksos. Bani Israil yang tadinya hidup mulia sepeninggal Nabi Yusuf, bertukar nasib menjadi budak-budak Fir’aun. Jumlah mereka setelah ratusan tahun telah membesar menjadi ratusan ribu orang. Keadaan terus begini selama beberapa ratus tahun hingga ALLAH mengutus Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. kepada Bani Israil.

Monday, September 12, 2011

perjalananku...

dah 22 tahun rupanya.... tapi ibadat yg aku buat selama ini entah cukup-entah tidak dengan usia aku sekarang..... maybe now is the right time to think about kawen n start to kumpul duet banyak2...

terima kasih bagi semua yg masih mengingati saya walau saya x seglamer mana pun... what i wish 4 my bufday is~ sihat dalam iman & islam with my family and cepat2 dapat kawen dengan aisyah humairah.... i really love u... n also for my students .. semoga dapat 5A...... amin...

Wednesday, August 17, 2011

salah saya!!!!!

Ya Allah, aku sudah penat dengan semua ujian yang engkau uji selama ini..... namun aku tahu itu semua mampu untuk aku tempuhi.... aku bukan insan yang sempurna tetapi aku akan berusaha untuk menjadi umat Muhammad S.A.W yang terbaik...

sk sungai kechil.. sangat unik.. saya nak share about sorang budak tahun satu.. indian girl.. namanya sanchana... seorang budak pemulihan.... sangat susah untuk diajar almaklumlah bahasanya x  sama dengan kita tapi apa yang saya suka tentangnya ialah dia sangat lancar membaca doa dan boleh mengucap.... tapi budak tue x tau maksudnya kan... siap boleh bagi salam kat chekgu mcm orang islam.... bila melatah sebut Allah...  semoga dia melihat setiap kebaikan islam dan tertarik dengannya.... dia sangat suka dengan chekgu baru sebab kami suka layan dia.... walau kena marah pun x ambil hati....

Friday, July 29, 2011

berdiam itu lebih baik!!!!!...

bila dunia ini penuh liku2 drama... semua manusia menjadi bodoh menyokong apa yang salah.... maaf rasanya cukup lama terpisah dengan JPP ... rindu rasanya.... entahlah sekarang ini nak bersuara pun serba salah... x bersuara pun serba salah.. dah lain macam sangat dengan alasan nak mendisiplinkan pelajar tapi terlalu banyak perkara yang menyusahkan pelajar...... apa2 jelah malas nak campur.... mungkin cara ini disukai pelajar.. tapi kenapa kini seolah  ada pertengkaran... msing2 rasa x puas hati.... kadang2 susah jugak nak buat pilihan samaada pelajar atau pentadbiran... dan itulah yang saya rasa sewaktu dulu.. di caci diperli oleh kawan2 sendiri.... kini baru dia tau bila dia bergelar JPP....

      tak salah kawan terima pendapat orang jangan duk pentingkan diri sendiri... penting kan orang lain juga.. kata ukhwah lebih indah bila bersama... dan bersatu .,

p/s : untuk diri sendiri....

Monday, July 25, 2011

ketakutan dunia...

duhai hati...
tenanglah kau menghadapi saat perpisahan... kerana ia pasti akan terjadi....
tabahlah kau menempuhi hari-hari... tanpa cinta... tanpa bahagia...

duhai hati, berbicaralah kau dengan jujur... apakah engkau bahagia dengan perpisahan... apakah engkau merelakan air mata ini bercucuran... tiap madah bicara apakah akan selalu terukir sengketa.. tidak percaya mahupun dusta...

hati... jgnlah kau menyepi kerana Dia ada disisi yang teguh menemani... biar cinta manusia menyepi...  asalkan cinta Allah kekal bersemi....

Monday, July 18, 2011

pelanduk dua serupa...

terlebih dahulu akif ingin memohon kemaafan buat Aisyah Humairah... mungkin akif terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membalas semua mesej kamu..... mmm... seperti yg akif janji.. akif akan ceritakan satu cerita yang benar yang berlaku pada akif sewaktu berpraktikum...
 PELANDUK 2 SERUPA~ atau muka yang mirip atau seakan-akan sama..... hari sabtu yg lalu akif smpat menghadiri majlis anugerah cemerlang di skolah praktikum.... akif agak pelik apabila seorang student year 6 duk pandang2 akif .. tersenyum melihat akif.... mybe dia syok kat akif  kot... hahahhahahha,,. perasankan... tapi bila majlis dah habis.. tetiba je ada perempuan tua yang datang pada akif dengan wajah sayu.. lalu berkata... cikgu boleh tak ambil gambar dengan anak saya... hah? aku terkejut dengan budak yang senyum2 kat aku tu ke?.. hahhahahahha... akif just bagi jer mak dia ambil gambar.... tetiba mak dia menangis... akif jadi serba salah... apa yg akif buat??????

oo... rupa-rupanya... mak cik tersebut telah kehilangan anak lelaki yg berusia 32 tahun akibat demam panas... dan dia sangat mirip wajah akif.....  mak cik tersebut sanggup mai sekolah pada hari itu semata2 nak tengok akif........  jadi dia ajak akif datang rumah dia.... hrmmm....

p/s~ syangilah orang tua kita krn dia lebih sayangkan kita walau kita sendiri x tahu sejauhmana... tapi percayalah.,,... kasih ibu hingga ke syurga,,....

oh yer.. maaf aisyah .. Akif tak jadi balik penang hari ini sbb ada kerja.... jaga kesihatan ye.....

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah.. masih ada kelapangan untuk saya mengupdate blog saya ini... skrang sya sdng brpraktikum di SK Sungai Kechil 4 2 months.... serabut mmg serabut... susah hati pun ada juga.. tapi yg best layanan chekgu2 kat sini baik2 semuanya..... sekadar berkongsi satu cerita...
  budaya sekolah kat sini sangat ok.. x der nyer nak buli membuli ... semua layan saya dengan baik sehingga x der kerja yang nak diberikan......
 mungkin ini pengalaman yang x mungkin sya lupakan... insyaAllah....
cuma apa yang sering saya fikirkan ialah bilalah masanya yang saya nantikan akan muncul iaitu saat kamu diberi hidayah olehNya... saya tetap akan mendoakannya... dan kamu juga kena sentiasa tabah dalam menempuhi jalan2 yang pastinya benar.... jangan pernah kamu mengalah dan berputus asa.. bukan saya sibuk tetapi saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk  membawa kamu untuk berjalan seiring dengan saya. jgan pernah kamu berhenti untuk terus mencari cinta yang sebenar.....

ops... c u later.. i have a class....

Wednesday, June 29, 2011

poligami??? apa tue....

poligami itu sendiri berkamsud mengamalkan beristeri lebih dr 1 iaitu 1, 2, 3, atau maksimun nya 4 dalam satu masa.... jgn tanya kenapa sampai 4 ja... sebab saya pun x tau...

kenapa perlu poligami.... ye???
1) sebab nafsu yg kuat  oleh suami sehingga isteri x mampu untuk melayani keinginannya... ish2.. tapi kena dapat persetujuan isterinya jugak... hehehehe... kalau yg gatal sangat tue, baik banyak2 bertaubat.. insyaAllah dengan solat masalah dpat diselesaikan....

2) keadaan isteri yg uzur..... samalah kena ada perbincangan degan isteri dulu baru buat keputusan ... jgn tipu isteri kita....

3) menjadi pembela kaum wanita.... contohnya yg balu iaitu kematian suami yg berjuang kerana Allah.. jgn duk kejar janda berhias pula yer,,....

4) menyelamatkan anak dara tua yang tiada jodohnya... kesian mereka.... x der org nak.. tapi niat perlu betul.....

hikmah dari poligami...

  • melahirkan zuriat yg halal bagi mereka yg tidak ada anak.... kan boleh ambil anak angkat??? mmg betul boleh ambil anak angkat namun anak sendiri lebih baik untuk mewarisi keturunan dan harta pusaka tak gitu......
  • melindungi kaum wanita yg tidak mempunyai suami atau kehilangan  suami mereka...
  • membendung nafsu bagi kaum lelaki yg mempunyai nafsu yang tinggi.....
  • mengurangkan jumlah wanita yg tidak berkahwin... wanita lebih ramai dari lelaki....
  • menambahkan zuriat dalam generasi islam...
ingatlah jika kita disatukan atas rasa cinta dan nafsu semata selagi itulah poligami tidak diterima sebaliknya jika bercinta kerana ISLAM dan kerana ALLAH... sudah pasti semua yng ditentukan oleh Allah dapat kita terima.... mudah-mudahan tiada manusia yang memandang poligami dengan pandangan yg salah.....

apa yg silap harap di semak dari sumber lain ye!!!!!!!!......

Friday, June 24, 2011

sedih sangat ke????

adat bercinta... tidak semuanya kekal... ada yang baru nak mula, dah putus.. ada yng dah lama sehingga setia di ikat kukuh... putus juga.... ada juga yg kekal lama.....
 buat apa nak sedih.... nak bunuh diri... nak tunjuk kelemahan diri..... baiklah kita happy.....
dah menjadi lumrah manusia... ada hati yang begitu lembut apabila ia terguris sehingga menimbulkan parut yang sangat menyakitkan...... sekar untuk di lupakan,.... bukan salah sesiapa pun.. kerana ia dugaan yang perlu ditempuhi oleh tiap insan... kenapa dia boleh berubah hati?... sama macam yg sebelum ini...... aku x sedih pun cuma terkilan.....

entahlah mungkin dia bukan calon menantu buat mama...... mama... nanti akif cari yg lain ye.... akif x sedih pun... akif ada mama n family... semua sayang akif... akif sayang semua jugak termasuk aisyah humairah.....
 mama doakan yer agar akif mampu menawan hati aisyah.....

aisyah tue... degil sangat... keras kepala... ish... x faham......lah.. walau dia pelik tapi dia baik....

nota cinta akif bukan lagi untuk wardah.... berbahagialah wardah dengan si dia... bukan salah wardah... jd wardah x perlu bersedih... jodoh bukan untuk akif... akif terima itu walau pahit.....

disaat hati ini cuba untuk setia /.... di saat itu jua hati ini di uji.......maaf jua dari akif jika selama berkenalan banyak melukai hati wardah.......

Sunday, June 19, 2011

yang bengang dan bangang......

adoi..!!!
sakit hati betul semalam... entah x boleh  nak sabar....
 semalam ribut sangat kuat sampai tumbang pokok2... aku duk kat dalam kereta pun rasa goyang2... ish.. belum pernah aku melalui pengalaman itu, bibir nih x berhenti berzikir..  sampai bas aku datang... elok2 jer waktu tue hujan sangat lebat.... aku kebasahan menuju ke bas untuk mengecheck tiket bus aku... tetiba ada minah mana entah masuk dalam bas sebelum aku... then pintu bas di tutup dan bla macamtue jer tinggal aku macam orang gila.... sakit hati tuhan ja tau.... aku apa lagi... telefon pejabat bus nih...... mengamuk sakan..... siap ugut nak saman lagi tau.......

then mai satu lagi buas T1.... aku pun pi lah tanya n buat2 complain... then dia bagi aku naek... suprise me diela in this bus... aku pun start sembang.... alah kaki sembang katakan... then aku tau apa yg sebenarnya terjadi... yg pompuan tadi salah naek bus.... suppose T1 C1... yng dia amek seat aku apasal... aku T3 G1..  sengallah pompuan tue.... so aku naek bas T1 ambil seat dia,......
 kalu aku jumpa pompuan tue siaplah dia nanti....  yg driver bus tue pun satu x check tiket ke... main ambik jer orang laen...

Thursday, June 16, 2011

si bodoh yg sombong...

hish... pelik kan dunia nih.. ada juga yang jenis bodoh sombong.... golongan nih lah yg paling menyampah... lebih2 lagi dari bangsa aku sendiri "melayu".....

bak kata daddy:- tue lah susah orang melayu... bila kita repair motor kat cina, dia kata x support melayu.... tapi bila baiki kat dia macam2 hal.. tetiba jer ade yg lain rosak....

aku x setuju tapi :.... aku pun pernah alaminya... masa baiki lappy aku dulu... bengang .. aku just nak suh dia format.. tup2 sesuka hati dia jer bukak2 aku nyer lappy sampai wireless rosak... itulah org kita.. nak untung lebih... ishh.....

satu saat tadi waktu aku p repair motor yag rosak... ada mamat melayu nih...  dia baiki motor.... dia tengah baiki apetah tapi kat tangki minyak... yang x betulnya sambil hisap rokok.... bosnye yg cina pun tegurlah... tp dia buat bodoh... dah lah bodoh tapi sombong lak tue..... dia buat pekak jer... sampai teguran kedua...  apa lagi dia terus melenting lak.... bodoh punya manusia nih....

bosnyer bagi nasihat elok2 taku nanti meletup motor tu n dengan dia2 sekali mampus. ..... tapi dia melenting... ape nak jadi nih.... buat malu org melayu je.... mane hilangnya budaya kita.... tambahan lagi org islam...

x lupa salam takziah buat keluarga siti ummirul syahirah... yang telah kembali selamanya menemuai ALLAH.. setelah satu semester bertarung hidup di ICU... Al-Fatihah....... semoga roh beliau di cucuri rahmat.....

Tuesday, June 14, 2011

kenangan karya dulu2...

Titian sufi

Merangkak di pinggir dunia,
mengintai jalanan dosa,
meninjau lorong dusta,
mengutip duka manusia,
menjadi lebih dewasa.

Meniti titian sufi,
teraba mencari kasih ilahi.

Meniti titian sufi,
terus mendamba cinta hakiki.

Meniti titian sufi,
terukir sebuah jati diri.

Meniti titian sufi,
telah kutemui musuh duniawi.

Meniti titian sufi,
tersemat kukuh dakwah nabi.

Ini bukan dunia maya,
khalifah masih leka,
melayani nafsu durjana,
hilang rasional minda,
iman merapuh di dada,
nakhoda sesat di lautan dosa.


Inilah titianku,
menyebar benih dakwah,
agar tersebar rahmat ilahi.

Inilah titianku,
pantang diri tunduk menyerah,
sebelum kutemui cinta hakiki.

Sedarlah temanku,
pudarkan masa jahilmu,
melangkah bersama aku,
menuju jalan tuhanmu.



Sunday, June 12, 2011

rokok oh.... rokok?..

Assalamualaikum...
 hari ini tangan aku tetiba je jadi rajin  nak taip-menaip... lagipun ada satu benda yang aku nak share, pasal rokok..
alhamdulillah, sebab aku tidak tertarik dengan rokok.... aku masih ingat waktu dulu, ada yang menganggap bahawa rokok lambang kelelakian... hahahhahahhaha... x merokok maknanya bukan lelaki ke?.... abis yag pompuan tue ade jew yg merokok.... ape2 jelah kalau syaitan nak menghasut kita, pelbagai cara dia boleh guna... contohnye dengan cabar kekuatan iman kita.... raokok HARAM?,... eh makruhlah... entahlah? aku pun tak tau.... bagi yg merokok sudah tentu x boleh terima yg rokok tue haram... orang selalu igt yang dia selalu betul.... kan senang kalu semua sepakat terus cakap rokok tue haram.... kenapa?...
ehmmm... aku ada lah dengar yang rokok tue membawa kemudaratan pada diri, so apa2 yang membawa kemudaratan pada diri itu wajar di jauhi...

 aku bukan anti perokok tapi anti asap rokok? paham!!! aku tak kisah kau nak merokok tapi kau isap lah di tempat yg tertutup pastu asap rokok tu kau sedut sorang2... kalau kau nak mati, matilah sorang2 .... kau jugak yang kata kubur asing2... tapi kenapa kau nak libatkan orang lain ..... org yng hidu tue pun kena penyakit... tue yang aku nak marah tue....

ada yang tua nak mati pun masih merokok... yang asma ke, yang ada barah ker, still x boleh nak berenti merokok.///....entahlah yang tua pula bukan main lagi kata yang dia dah berpuluh2 tahun hidup dengan rokok x ade ape2 pun yang berlaku.,..... eleh belajar tinggi sikit nak tunjuk pandai....


x perlah... kita sekadar memberi nasihat jew... nak ikut ke tak nak itu dia punya pasal....

Thursday, June 9, 2011

hahhahha... lama x update...

dah lama x update blog ni... al-maklum internet slow macam siput sedut.... nak maen facebook pun tersekat2.... Alhamdulillah... penat dah kaki ni berjalan.....

mata masih mengantuk tapi otak telah menjadi jahat... ade ke patut dia hasut mata aku suruh bukak luas2 pastu mgadap lappy aku yg chomel nih..... hahhahahahhah..... entahlah labu..

hari sabtu p KL pastu... pi kelantan..... atuk sakit.. baru lepas operation... katanya kanser perut,,.... adoish...

ari ni pun nak pi balik kelantan ,... Alhamdulillah , atuk dah sedar... n kini sedanng rest kat hospital......

Thursday, May 26, 2011

dah berakhir...

satu sem yang sangat memenatkan... penuh kisah suka duka bergelar seorang guru pelatih... mengharungi caci maki.. sumpah keji manusia akhirnya ada masa untuk aku berehat,....

memang penat jadi student nih.. tapi masih tinggal 1 thun 6 bulan lagi... dulu masuk dengan kebudak-budakan kini sudah sedikit matang... bukan senang nak senang... senget kepala otak aku memuatkan semua benda yang berguna... ilmu tue.... nah aku kutip.. jumpa lagi ..... aku kutip lagi... last2 aku dah x mampu nak kutip lagi .....

aku sambung kutip sem depan lak ah.. sem nih dah penat... skor A for the exam...

Friday, May 20, 2011

mengharap tanpa usaha....

entah... semakin hari semakin pelik....
bila mana manusia merasakan bahawa mereka begitu jauh dengan Allah... mengharap tanpa pernah meminta... menyalahkan tanpa pernah mencuba.... kononnya Allah x adil?... itu pernah berlaku pada aku.. tapi bila kita fikirkan balik.. adakah kita adil dengan Allah... adakah kita sudah mengikut perintahnya... atau kita tamak... sekadar inginkan semua kehendak diri sehingga mengabaikan kehendak iman dan islam....

berharap pada sesuatu yng belum pasti akhirnya membawa kebinasaan pada diri. bila mana kejayaan itu  bukan milik kita mengapa mendengus....

carilah redha Allah bukan kemurkaanNya.... tinggalkan jalan maksiat.. usaha itu pasti dilihat Allah...

Wednesday, April 27, 2011

merungkai kembali memaori lalu....

inilah penulisan insan yang masih mencari pegangan hidup dalam sinar islam.... cara dakwahku mungkin berbeza dengan kalian... namun InsyaAllah apa yang cuba aku sampaikan tidak bercanggah dengan islam..... mungkin ini coretan hati bagi insan yang teringin memeluk islam.... Aisya Humairah aku sangat berharap agar engkau diberi hidayah... aku bukan wali mahupun nabi.... ilmuku cukup terbatas.... namun aku akan membantu engkau untuk memudahkan jalan engkau menuju ALLAH yang selayaknya kita sembah.....

islam itu umpama epal.....

inilah perkongsian petunjuk selepas aku mengalami stress yg amat serabut ini hanya sebuah coretan lama namun ingin aku rungkai kembli.......

satu kumpulan manusia akan diberi sebiji epal setiap seorang daripadanya.... mereka diberi masa selama satu hari, satu minggu , satu bulan bahkan satu tahun ataupun selama-lamanya untuk menjaga epal itu. epal hendaklah dibawa kemana sahaja tempat yang dia pergi.......

selepas satu satu bulan terdapat tiga golongan dalam kumpulan tersebut... golongan pertama menghilangkan epal kerana kecuaian, golongan kedua membawa epal yang rosak dan golongan ketiga membawa biji epal beserta tangkai sahaja.....

kesimpulan.....
epal itu umpama islam jd islam harus sentiasa bersama kita.... dan kita wajib menjaga islam,,,,

golongan pertama~ mengabaikan islam bahkan ada diantara mereka tidak berpegang pada islam atau murtad... YA ALLAH JAUHKAN UMAT ISLAM DARI BENCANA INI!!!!!

golongan kedua~ masih menjaga islam namun dengan cara yang kurang sesuai... ada agama tetapi tidak amalkan.... ada islam namun tak pandai untuk menjaganya.... atau islam hanya pada nama. yang sepatutnya ditutup didedahkan...lihatlah epal itu rosak,,............... YA ALLAH JGN JADIKAN KAMI MUNAFIK.......

golongan terakhir~ adalah golongan yang terbaik kerana dia telah memakan buah epal itu.... dan meninggalkan biji dan tangkai.... ditanya mengapa?... lalu dia menjawab " aku makan buah ini kerana aku mahu ia terus bersama aku... apabila ia sudah sebati dengan darah ku maka aku akan selalu menjaga epal itu...... smalah dengan konsep islam yang kita amalkan dan tempat simpanannya adalah di hati..... dan biji tersebut akan saya tanam untuk menjadi pepohon yang lain supaya buahnya akan terus tersebar keseluruh dunia..... kerana islam itu indah jadi kita perlu menyebarkannya supaya orang lain juga kenal islam...."

begitulah konsep hidup beagama ... dakwah itu penting.... masa yang diberi menandakan berapa lama yang kita perlukan untuk memahami islam dan seterusnya menyebarkannya..... setiap orang berbeza.......

P/S : inilah tarian pena hamba yang sentiasa mencari sinar islam yang sebenar........ tolong sebarkn kepada non-muslim.....

Tuesday, March 15, 2011

merpati putih patah sayapnya....

ahh.. sibuk!!!!
alasan utama yg sering diguna pakai masa ini....
sorry sangat2.. entah ia masih boleh diguna pakai ke tak?..
yang pasti mmg saya lama tak nampak awak... mmg rasa rindu utk bertemu.. tapi saya x tau kenapa....
saya tak marah kalau awak rasa kecewa dgn saya ... saya tau saya yg salah... tapi saya tak mampu nak bagi alasan lain selain sibuk... nak kate pon tak ade jawapan yg sesuai... cukuplah awak tau yang saya mmg x pernah melupakan awak... oh yer saye bru ingt yg awak ada minta fail PKK.... saya mmg x ingt langsung nak cari... sorry yer... oh citer winter sonata... hard disk baru keluar dr wad hari jumaat lalu....so .. saya x salahkan awak kalau awak merajuk... nantu saya pujuk yer,,,.. tapi saya percaya awak mmg baik... awak pasti x merajuk... mmmm... my mum dah stuju kalau jd lps grad nanti dia trus p merisik ... get ready yeer...hehehhehehe....

Thursday, March 3, 2011

menanti senja berlabuh...

dalam keheningan malam terduduk aku di tikar sejadah.... mengenang kembali perjalananku di garisan dunia... terpaku aku sendiri.. mencari siapa diri ini?.. entah... dari dulu hingga sekarang aku masih belum menjadi diri aku yg sebenar... seorang yang tabah dan sentiasa inginkan kebaikan... hasutan syaitan begitu kuat saat aku ingin istiqamah... apakah aku akan dibiarkan terus hanyut... apakah tida pintu hidayah buat aku... ?...  aku bukan insan lemah yang aka tunduk pada syaitan tapi aku tidak kuat untuk menundukkan nafsu... semakin aku cuba mendekati-Nya semakin banyak halangan yang ada.... mungkinkan ada jalan lain untuk aku terus berdiri menjadi akif dalam diri ini.... bolehkah aku menjadi watak dalam novel aku sendiri... sesungguhnya aku berdrama.... menanti senja berlabuh... apakah terbuka pintu taubat itu?....

Sunday, February 27, 2011

rinduku x kan terhenti...

merenung pada sudut pengalaman sehingga membunga benih rindu... sedih masih menikam dada sebak menanggung segalanya... merenung indahnya ukhwah bersama barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011... menyemai benih persaudaraan yang tidak mungkin akan pudar.... belajar menjadi seorang pemimpin dari sifar... mencintai ilmu seiring dengan kejayaan...

terima kasih semua sahabat yang telah sudi berjuang mempertahankan hak pelajar lain sehingga ada di antara mereka dicaci dan dihina.... namun semangat kita tak pernah padam mungkin hanya sekadar pudar....
mungkin ada yang menganggap kita kurang serius... mungkin cara kita kurang sesuai.. tapi percayalah cara kita telah mengikat tali persaudaraan yang kukuh di antara kita.... hanya kadang2 kita terpaksa bermasam muka kerana berbeza pendapat??? itu statement yang salah atau benar jua.....

buir saya ceritakan sesuatu yang istimewa tetang bintang yang tidak akan pernah pudar sinarnya......

YDP~anep:.... orangnya cukup simple tapi nak kan  sesuatu yang perfect dan terbaik.... tapi kalau dia merajuk sangat comel... tapi jarang dia merajuk...  sangat tabah melayai kritikan aku yang sudah tentu sangat panas dan pedas... mukanya still cool... mmg seorang ketua yang baik.. sentiasa merendah diri... ape lagi ek...???...  rakan sekelas... bangga tak... bila diberi kerja x pernah nak menolak... tensionnya... hehehehe... peace no war...



NYDP~ mmm... ipe... muka garang nak mati ... tapi baik orangnya.... cekap buat kerja terutamanya bila urusan duit dan bajet n kerja2 luar alah kursus JPP atau ape saja yang berkaitan dengan tempat2 best... entahlah... dariman dia belajar entahlah aku pun tak tau.... hahahha... dah banyak benda aku belajar dari seorang yang blur2... sehingga lah mmpu untuk buat sesuatu keputusan... kalau ipe marah semua orang takut mana taknya macam harimau... tapi lepas tue elok balik.. x pernah simpan dalam hati pun.... sedihkan bila kita membuat keputusan itu kan.....

S/U~  cik diela yang chomel.... asal nangis jer ngadu kat aku.... aku pun ape lagi koreklah segala rahsia..... acu citer2... orangnya simple n nice... chomel n x giler kuasa.. slamber jer aku rampas kuasa dia... tapi dia rileks n cool..  sangat selesa bekerja n ber gossip ... itulah ciri kepimpinan yang kita inginkan... seorang yang sangat rajin... n seorang yang kurang sabar... maknanya... suka buat orang kelam kabut walau hanya satu isu yang kecil... bila aku x layan mulalah sedih.... tapi jujurnya dia seorang yang sangat ambil berat ttg kawan2 n pelajar yang len......


BENDAHARI~ kak izma.... seorang kakak yang baik.... seorang yang cukup tenang... kadang2 hanya tersenyum.. jangan risau saya x kutuk kak izma... idea yg dilontarkan sangat jelas dan bernas... sentiasa mahukan kebaikan...


NAIB BENDAHARI~ arwah abdillah: yang patah akan tumbuh lagi namun yang hilang pasti tiada pengganti... terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari keluarga kami.... cinta yang terbina pasti berkuntum di taman syurga.... Al-Fatihah....







EXCO Agama & Moral....: abdillah aini n kak pah.... : abdillah~ seorang adik yang baik.. tegurannya penuh hikmah... tahniah untuk jawatan YDP baru... semoga adik cukup tabah mengharungi hidup ini.... maaf lah kalau ada terasa hati dengan abangmu yang cakap x berlapik nih yer.... kamu memang pemimpin yang terbaik..  aini dan kak pah~ macam kembar siang..kuikuikui... teruskan berbakti walau kita bukan lagi berjawatan... sokong kawan2 kita k.. aini n kak pah mmg sngat baik... jujur dalam buat kerja... walau aini nampak sedikit manja namun aini tetap sweet.... kak pah.. mmg matang dalam membuat keputusan....


EXCO Penerbitan~ tret, hasbullah n aini ruzi.... geng2 yang sangat sempoi... hahhahahah.... tret mmg seorang yang sensitif tambah2 bila ada yang terkutuk banner dia.... bannner yang cantik.... antara geng2 suka bodek lecturer... i like... boleh makan lagi lepas nih... tret mmg chomel... samalah dengan aini ruzi... mungkin aku kurang mengenalinya tapi jujur seronok bekerja dengan mereka... aini hati2 di tempat orang.... jgn nakal2 ...... hasbullah~ seorang yang tekun dan sentiasa membawa wacana kebenaran... thanks......

TMK~ rizal, anwar n fifi... :''' rizal~ dah macam adik yang baik.. mmg rugi kalau siapa yang mengetepikan dia... rizal mmg sangt rajin sanggup biarkan diri nya kurus... rizal muka yang selalu kat depan waktu perhimpunan.... orangnya tenag... senyum jew.. x pernah tengok dia marah.... mmg baik... boleh jadi USTAZ nih..... anwar n fifi~ terima kasih atas semua gimik yang telah berjaya menarik hati semua pihak.... jaga diri di tempat orang....

sukan~ akim , mazwan n david... mmg dia orang nih rajin... tengok budaya sukan kembali wujud di institut ni.... hakim~ walau selalu kena marah tapi cool jew.. x der dendam.... karnival sukan.... pelajaran yg terbaik untuk kita semua.... pemimpin terbaik.. mazwan~ kalau bercakap entah bila nak berhenti... tapi yang penting dia mampu buat kerja... mazwan berilah kerjasam dengan JPP yg baru... yer... david~ sempoi... boleh jadi ustaz... hehehhe...

pendidikan~ izzah, ain n lan...:.. izzah terus berjuang yer walau kita sudah tidak lagi menjadi JPP... ain~ comel jew.. blur2.. tapi syok bila dapat kenakan ain... ain mmg rajin sangat2.... lan~ hahhahahahah.... mmg syok leh geng ngan hang.... sempoi tapi kdg2 blur....lan bile nak gantung banner waktu tengah malam lagi ???

sosial~ zul, kak im n pavi..~ nice memories .... kursus JPP yang syok... zul~ teruskan berjuang ya ustaz... hehehhe,,, mmg best bila kita leh buat kerja sesama... thanks keran tolong2 kami semua... makanan yang terbaik.... kak im~ terus berusaha n kekal ceria... pavi~ seronoknya dapat kenal kamu... seorang yg sanat2 baik very2 sweet...

kebudayaan~ allnie, kak cik n abg firdaus.... mmg terbaik kebudayaan kita... el~ mmg sangat rajin ... sedih bila el x dapat sertai JPP yg baru... tapi jgn risau masih ada peluang lagi tahun depan... kak cik~ sempoi sangt2 kakak yang baik... abg firdaus~ jadi chekgu yang terbaik....

disiplin~ ikmal bobo n suren.... exco yg sihat2 .... mmg snagt rajin dah macam pengawas skolah.... ikmal n bobo~ mmg penat tapi syokkan.. pengalaman yang cukup bermakna.... kesian ikmal sakit badan sebab  kena selalu bergerak turun naik bukit nih... bobo ok jew... badan makin tough.... abg suren... jadi guru yang terbaik.....

kolej kediaman~ ayoh, kak fiza, fida n nazirul...~  semua buat kerja yang terbaik... ayoh~ mmm... mmg pelik tuo2 pun rajin lagi,... suka membebel macam aku... hahhahahah,... kediaman pelajar terjamin... kebajikan sentiasa terbela....kak fiza~ mmg kuat lah empat tahun jadi JPP... hebat2//... fida~ sempoi... sweet n mmg rajin..... nazirul~ thanks jadi sebahagian dari JPP.....


kepada semua JPP yang dan jadi mantan ayuh bersama kita membantu barisan baru agar JPP terus dipandang dimata semua orang... memangkah untuk memilih cukup senang tapi untuk terus berjuang bersama mereka bukanlah mudah... sokongan kita semua kan memberi kekuatan kepada mereka semua.... JPP oh JPP..... teruskan berjuang yer,,...

pn Aneesha~ aiyyo mmg baik nampak je garang .. tapi kalu anggap dia mcm mak tentu x der masalah lah... mmg puan terbaik.... mmg banyak benda yang saya belajar...



tn hj shariff~ ayah yang terbaik.. x pernah buat kami rasa terbeban dengan JPP....



p/s: selagi mana kita diberi amanah kita kena pikul dengan ikhlas.....

Tuesday, February 22, 2011

entah...

assalamualaikum kepada semua pembaca...
tension + sakit hati = gangguan syaitan.... sedarilah aku dari dunia realiti... mmm... isu JPP masih lagi hangat sehinggakan manifesto terhenti dan ditangguhkan... salah siapa?????? sudah tentu salah hantu2 yang gedik nak masuk bertandingkan.. that right... akulah hantu2 tue.... cewah nak glamor ker... kalu nak glamor x yah buat macam tue lah.... korang kena paksa ker masuk... ya tapi tidak .. mmg saya nak masuk sebab saya suka bekerja... mmmm..... kenpa boleh jadi camni... x syoklah... tapi saya tetap bersyukur kerana masih ada kawan yang faham dan ada juga yang menyalahkan kami.... CUMA SATU YANG SAYA SEDIHKAN.... KENAPA CARA KOTOR DI BALAS DENGAN KOTOR.... KENAPA HANYA CARA YANG DIRASAKAN SESUAI ITU TETAP BUKAN CARA YANG SESUAI..... cara yang tetap jua menyakitkan hati beberapa pihak....  bercakap benar walaupun pahit.... adakah itu cara yang paling berhemah???????? atau itu pemimpin ikutan... entah... orang yg hari2 buat dosa macam saya x layak untuk bercakap sesuatu  bahkan x layak untuk berhadapan dengan mereka semua.....

salah kami try bincang dengan kami... kata syura itu baik .... berbincanglah... bukan main tampal poster.. pastu fitnah tersebar serata tempat... sesiapa yang sengaja menjatuhkan saya dan kawan2 saya. saya tetap maafkan mereka..... akhirnya budak2 d institut ini sedar faham akan segalanya......

kita sepatutnya tunjukkan cara yang terbaik kepada orang bukan islam dan bukannya membuatkan mereka hilang respect kat kita.... itukah namanya hikmah... mesti saya bukan orang yang layak untuk bercakap sedemikian...... kembali senyum....

Monday, February 14, 2011

happy birthday.... ya Rasullallah... Nabi Muhammad S.a.w.....

sedar tak sedar maulidul rasul kembali lagi.....
seseorang yang aku jadikan sebagai idola..... seseorang yang aku sayang melebihi kedua ibu bapaku......
seseorang yang membawa cahaya kebenaran.....  apa mungkin aku mampu untuk mengikut keperibadiannya yang terpuji..... apakah aku tidak pernah menjadikan rasulullah sebagai ikutan...... mengapa sunnah mu aku lupa .... perjuanganmu aku tinggalkan ... kerana dunia yang menjanjikan bahagia yang hanya seketika..... dunia yang tiada jaminan syurga.....

malam ini aku merenung di luar jendela... meratapi dosa2 yang telah aku lakukan... layakkah aku bergelar pengikutmu????.... hanya yasin dan tahlil yang aku hadiahkan selain dari selawat yang hanya kadang2 bermain di bibir..... entah selawat yang mudah itu pun aku tak mampu untuk kerap kali lafazkan sebagai rasa cinta aku terhadapmu .....

perjuangan hidup aku masih belum selesai.... selagi aku masih bernyawa selagi itu peluang untuk menjadi pengikut mu yang beriman dan istiqamah pada jalan yang benar..... hidup aku hanya seperti lalang yang sentiasa berubah pendirian..... sekali kebaikan aku lakukan di selangi dengan dosa.... kawan2... bukan mudah untuk berubah dan bukan susah untuk berputus asa.....

tergambar  wajah indah permata di taman syurga... belum tentu engkau terpilih untuk bersamanya......

renung2kan dan berubah lah.....

Friday, February 11, 2011

hidup aku kembali normal......

lega rasanya bila semua sudah selesai..... aku dah cukup kuat untuk terus meniti hari2  yang mendatang....
poyolah!!!!! x pe sekali sekala.... tetiba rasa bosan bila aku dah tak tau nak buat apa.....
so, nak kongsi sikit sebanyak soal diri yang sudah free dari JPP.....
tidak ada yang paling menggembirakan selain dari bebas dari kerja.... tapi kadang2 rindu.... sibuk2 tue seronok jugak..... biasalah sometimes kita nak jadi pemimpin ni kena kuat n tabah/.... tapi aku tak cukup kuat..... ingat lagi kata2 mat anep waktu pembubaran hari itu..... pemimpin = 20% kemahiran + 80 % pengaruh..... totally disagree... sory  ye anep... ni pendapat aku je lah..... kalau yang ada pengaruh ... kerja dia jalan ke????? boleh memimpin kew???? tapi aku faham yang anep maksudkan ialah setiap pemimpin perlukan supporter.....
kadang2 kita lebih selesa bersendirian..... sometimes kita kena berbincang..... itu semua bergantung kepada mood kita,..... eleh kalau setakat jadi naib s/u ... kerja x banyak pon.... aku sebenarnya dari dulu tertanya2 kenapa tak ramai yang berebut untuk jawatan setiausaha???? n now aku tau... memang gila kerjanya.....

aku meManG Jenis Yg SYoK SEnDIRI....
 perasaN hENsOmE....




tak palah... gambar diatas takder kena mengena... hahahhaha....
mencapap itu hobi kau lol.....


kalau dalam JPP muka yang selalu menyusahkan aku ialah IPE> iRfaN.... hahhahah... tapi dia yang banyak membantu....... aku tak tau lah ...... rasanya memang dah selesa bekerja dengan dia.... kerja sama hebat dengan makan n jalan2.... macam kutu rayau..... ops sorry terkutuk kau lah ipe dalam blog.....

inilah manusia itu.....


k.. lah ape2 pun semua dah berlalu... yg tinggal kenangan yang terindah....
hahhahaahhhhaha......
anep ~ sorry kalau aku selalu membantah idea hang....
ipe ~ no more JPP... n selebihnya serahkan pada takdir....
diela~ aku sangat serasi bekerja dengan hang.... sorry kalau aku gila kuasa....
Arwah Abdillah~ ur the best....
kak izma~... thanks....
kemal n bobo~ jangan malas cari urusetia spr sampai cukup.....
tret~ banner hang terbaik....
rizal~ kerja bagus... video kasi update...
allnie~ kebudayaan kasi power ,...gud job...
abdillah~ kepimpinan islam yang terbaik...
izzah~ nak bertanding lagi kew???? 
zuhasnan~ nice job....
kak im & pavitra~ keep smily....
ayoh ~ dah tua2 wajib pencen,....
aini ruzi anuar afifi n lan~ jaga diri di bumi orang....
afida~ terus berjuang...
kak fiza~ 4 tahun tue lama.....
suren n abg daus~ jadilah guru di johor...
hasbullah~ masuk tanding lagi?//?
kak pah n aini~ terus berjuang...
kak chik~ mmm..... jgn nakal2...


thank u to all of u....

Wednesday, February 9, 2011

berus gigi... or berus gusi???

Aiiyooo dah lama x update.. reason sibuk, sakit hati internet slow nak mati.... and elaun dah masuk so... enjoy dulu baru fikir......
so aku nak story mory tentang kisah memberus gigi di pagi hari..... macam biasa malam mesti tido lewat n bangun faham2 lah mesti lewat gak... so aku terkezut lewat kot... then cepat2 lari masuk bilik air...  gosok gigi.... aku pun gunelah ubat gigi kegemaran kau nak tau tak ????

n i dia MUKMIN yg terbaik,....

yang nih pown suke gak....
HALALGEL....

sebenarnya bukan nak citer pasal ubat gigi... (mencari yng halal itu fardu bagi umat islam)
tapi nak citer pasal berus gigi... tengah2 syok berus.. tiba2...
adoiiii!!!! bengang betol berus gigi tertusuk gusi.... apa lagi berdarahlah...... sakit tuhan jer yang tau....
x mau gosok gigi dah lepas nih.. aku biasanya gune berus gigi 3 batang utk 1 bulan....  berus gigi macam berus kain kuat nak mampus... 

2 hari lepas tue berlaku sekali lagi tempat yang sama sebelum nak solat maghrib... berdarah sekali lagi.... 
ada sebabnya...
_BANGUN LEWAT MAKNANYA SUBUH TUE LEWAT SOA SALAH AKU... NAK CEPAT2
_DAH TAU NAK MAGHRIB BALIK AWAL X PERLU NAK CEPAT2 BEREBUT BILIK AIR... BOLEH ROSOK GIGI LAMA2..... SLOW MOTION.....


P/S ini cerita benar..... 

Friday, January 14, 2011

apa yang nak dibanggakan....

mmm... malam nie mmg susah nak tido... banyak benda yang  nak kena pikir.... ish masalah aku atau tak? aku pun tak pasti... ade ke patut ada sorang hamba Allah nih cakap lelaki n pompuan yang x der ikatan ape2 kecuali cinta cintun boleh naik motor same2 yang penting niat?..
x yah lah couple2 bagai nak giler.... ish2.. sye pun couple gak. x der sampai nak duduk rapat2. sentuh pun tak...
kalau betul dia memang perempuan or lelaki yang baik untuk kita dia x kan rosakkan kita... means dia takkan mendatangkan maksiat pada kita..

sekadar gambar hiasan...


 Ya Allah aku yang jahil nie pun tahu lah. tak kira walau ape pun alasannya lelaki n pompuan memang x leh duduk rapat2 kalau belom kawen.... ish3...
ape nak jadi bila yang tua begitu mudah mengambil remeh soal agama....


pernah dengar tak yang orang islam tue miskin n tak kaya... sebab memang mereka miskin atau sebab lain.....
berdasarkan pengetahuan yang cetek ini.... umat islam memang tak akan kaya dengan wang atau harta selagi dia bergelar islam.... kerana orang islam akan sentiasa membela orang lain contohnya sedekah jariah n zakat...... sebab tulah bila kita rasa kita ada duit lebih sikit kita kenalah hulurkan sedekah.... x kan jdi peminta sedekahnya kalau kita sedekah.... miskin means duit yang kita dapat tue mmg untuk kita sahaja... sederhana dalam hidup.. itu lebih penting....

*** jom berubah bersama saya*** susah gak... sye ni suke bnda yg branded... walau x cantik pun x per...ish2 teruk kan?...   tapi sya nak berubah jugak...

layan jew gambo nih...



 berfikirlah selagi kita ingin berfikir...... x yah nak bangga ada awek or pakwe yang kononnya caring n sweet...
dunia mmg seronok tapi di akhirat kelak..... tak taulah cmner,,....

Monday, January 10, 2011

pergi tak kembali... ?!!

Setiap yang hidup pasti merasai mati... mmm.. mati hanya sekali namun hidup selepas mati adalah kekal abadi....
jadi kalau baik amalnya.. selamanya bahagia di syurga ... N kalau buruk amalnya @#$$% NeraKA lah tempat kita,,, pastu dah terlambat,.. x der dah peluang kedua....

ini sekadar gambar hiasan dr blog sape entah@%^&*7???


bila kita dah mati kuburlah tempat kita... kubur x cantik pun ... paling cantik pun ada kepok dan nisan.. tu pun kalu ada yang nak letak kat kubur kita.. depandlah kalu baik amal insyaAllah luar n dalam kubur akan jadi kelas 1.... tapi kita nilai lah sendiri... maksiat bertimbun2.. n dosa tersusun2 bila akan terampun ... entahlah.. bila agaknya akan bertaubat...

Ya Allah sesungguhnya engkau yang maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui... n akhirnya kita akan redha dengan qada' n qadar... just hati yang ikhlas akan terus istiqamah pada jalan Allah...

"sabarlah mak cik @ pakcik @awak.... saya faham kesedihan yang awak alami... tapi ingat Allah lebih sayangkan mereka".... eleh aku paham kew kesedihan org len... x terjadi pada aku bleh lah cakap tabah.. tp klu dah jadi ..mmmm entah meranung tak sudah kot....

aku sngt sedih bukan kerana tidak redha dengan kematian tapi sebab memikirkan dosa aku sendiri... bilalah akan terampun... bila aku akan mati.. sempatke aku bertaubat... Allah masih terima ke taubat aku....

gambar curi...




mulut ni mmg jahat suka kutuk orang len,.... dia tue malas buat kerjalah... whatever.. last bila dia dah tak da baru menyesal tak sudah....

"eh yg kau over sedih nih kenape?"..."Dia Bukan Batch ko pon".../// entah feeling nih sensitive.... first sedih sebab aku sendiri pun banyak dosa n sebab kesian kat keluarga mangsa... sebab aku tau aku tak tabah... aku terlalu lemah.... Allah selamatkan islam dalam diri aku....

ratapilah dosa lalu.... taubat dulu baru tahu.....
islam itu indah....
baik dan murni....
bukan murni hayati mted2 or murni nurmunirah pemed 1..