hmmmm... cikgu lama kew cuti?... bila nak posting ye??? ... ada penempatan ke?? ape berita??? x buat kerja sambilan ke/???.... p kerja kilang lah.....
malas nak jawab smua soalan yang menyakitkan hati itu... benci nyer aku.......
boleh tak korang semua bersabar.. aku pun pening...
daripada Abu Darda' r.a.., Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." ( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibu Majah dan Ibu Hibban )
Sunday, December 30, 2012
Tuesday, September 18, 2012
andai itu takdirnya....
ya Allah.... tiada tempat untuk aku berlindung melainkan di bawah naungan rahmatMu.... semua kesulitan yang aku alami ini diharap akan dapat membuka satu lembaran baru dalam mengabdikan diri pada-Mu... sesungguhnya aku lalai dengan dunia ini.... aku sesekali menyangkal takdirMu kerana ingin menurutkan kehendak hati.... andai dunia ini dapat membuatkan aku bahagia.... bahagiakan juga aku di akhirat sana....
Wednesday, September 12, 2012
23 tahun sebuah kenangan
assalamualaikum... madah buat pembaca.. salam maaf daripada saya insan yang lemah ditiup keasyikan dosa.... selama 23 tahun saya telah wujud dalam dunia ini namun saya terfikir adakah selama 23 tahun juga saya telah mengabdikan diri kepada Allah....????? saya masih ragu dengan jalan hidup saya.. sentiasa melakukan dosa dan mudah pula untuk bertaubat... apakah saya telah jauh daripadanya..... kemaksiatan dan dosa lalu masih lagi menghantui saya... entah... diharapkan umur 23 tahun ini akan mencapai semua impian saya untuk menjadi muslim yang sejati..... insyaAllah..... tapi apa yang saya rasakan sekarang adalah sangat bahagia dikurniakan ibubapa yang baik, teman2 yang mesra dalam hidup, serta seorang insan yang bakal menyeri taman hati ini.... kuatkanlah jodoh kami.....
Ya Allah jika di benar jodoh ku... dekatkanlah hatinya dengan hatiku..... satukanlah aku dalam kalimah syahadat-Mu..... pimpinlah kami dlm hidayah-Mu..... lembutkanlah hati sesiapa saja yang menghalang jalan kami untuk meraih cinta-Mu.......
Ya Allah jika di benar jodoh ku... dekatkanlah hatinya dengan hatiku..... satukanlah aku dalam kalimah syahadat-Mu..... pimpinlah kami dlm hidayah-Mu..... lembutkanlah hati sesiapa saja yang menghalang jalan kami untuk meraih cinta-Mu.......
Sunday, July 22, 2012
Ramadhan datang lagi....
hoorey.... ramadhan datang lagi.... so, aku kena setting niat betol2 kali ni ..... that might be my last ramadhan...... apa yg patut kita buat ye di sepanjang bulan puasa ni ye????? look at this picture
harap2 dapatlah laksanakan semua tue ye.>....
dikesempatan ini, akif juga ingin ucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga ramadhan kali ini membuka ruang jendela hati kita untuk merebut semua kebaikan dan tertutup pintu hati kepada kemaksiatan........
banyakkan berdoa kpd Allah......
muhasabah diri ... menanti redha Ilahi....
Marhaban Ya Ramadhan................ gembira dgn kehadiran mu...
maaf jika ada salah silapnya... semoga ramadhan saya dan teman2 terlaksana dengan jayanya....
Thursday, June 14, 2012
Pimpinlah jalan cintaku........
"wahai dai'e! Bagaimana kamu menyeru manusia kepada Rabb agar bertuhankan Allah dan Hanya Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam dirimu itu? Tidak pernah dengarkan kamu wahai dai'e bahawa pertolongan Allah terhadap tentera mukmin tertunda kerana ada maksiat yang masih terpalit pada mereka".... Ya Allah lemahnya aku ini.... thanks to my majalah Jom (dakwah itu mudah)~...
aku menjadi terkejut dan hampir terjatuh..... tak sangka ada jahiliyah dlam diri aku jua.... mengngatkan orang lain kepada Allah sedangkan diri aku masih jua mengikut kehendak duniawi..... aku khilaf.... Ya Allah.. layakkah aku bergelar dai'e......
persinggahan yang sementara.... penuh dugaan ..... harap aku kuat dan tabah mencari redhaNya...
aku menjadi terkejut dan hampir terjatuh..... tak sangka ada jahiliyah dlam diri aku jua.... mengngatkan orang lain kepada Allah sedangkan diri aku masih jua mengikut kehendak duniawi..... aku khilaf.... Ya Allah.. layakkah aku bergelar dai'e......
persinggahan yang sementara.... penuh dugaan ..... harap aku kuat dan tabah mencari redhaNya...
Sunday, May 20, 2012
bukalah pintu taubat-Mu...
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
- dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Saturday, May 12, 2012
kaunseling itu seronok.....
pada mulanya aku mmg x suka kaunseling coz aku sendiri pun banyak masalah mcm mna nak tolong orang.......
sebenarnya, aku masih keliru apa hala tuju aku.... but aku terpaksa untuk menolak rasa minat aku terhadap kaunseling hanya kerana aku ingin fokus pada matlamat aku iaitu sambung pengajian dalam bidang Calculus in math.... d sebabkan aku takut utk terima yang aku mungkin akan berubah hati untuk ke bidang tersebut jadi aku decide to hate this subject.... not fair right??? but now... i had loved the counseling subject coz it is fun and enjoy........ love it...
counseling is fun..... why?????? becoz of !!!!!!!
sebenarnya, aku masih keliru apa hala tuju aku.... but aku terpaksa untuk menolak rasa minat aku terhadap kaunseling hanya kerana aku ingin fokus pada matlamat aku iaitu sambung pengajian dalam bidang Calculus in math.... d sebabkan aku takut utk terima yang aku mungkin akan berubah hati untuk ke bidang tersebut jadi aku decide to hate this subject.... not fair right??? but now... i had loved the counseling subject coz it is fun and enjoy........ love it...
counseling is fun..... why?????? becoz of !!!!!!!
Sunday, April 29, 2012
selamat tinggal skg... buat seketika...
Alhamdulillah.....
tamat jua praktikum tiga yang hebat dan mantap... hehhehehe... baru ku rasa yang aku sangat kuat dan berjiwa guru.....
siapa sangka yang aku berjaya mengharuring duri ranjau cabaran selama itu,,,,
pahit dan manis aku tempuhi jua.... terima kasih kepada yang sudi mencurahkan selaut ilmu buat aku.....
tamat jua praktikum tiga yang hebat dan mantap... hehhehehe... baru ku rasa yang aku sangat kuat dan berjiwa guru.....
siapa sangka yang aku berjaya mengharuring duri ranjau cabaran selama itu,,,,
pahit dan manis aku tempuhi jua.... terima kasih kepada yang sudi mencurahkan selaut ilmu buat aku.....
Tuesday, March 13, 2012
AHMAD HUSAINI... u make me disapointed... ????....
ini topik hot buat masa ini... hangat sangat hangat..... husaini bakri mmg seorng lelaki yang sukar memahami perasaan perempuan..... hehhehehehh......
x payahlah kol... kalau rindu pejam mata then remember me in ur heart... bukankah lebih menenangkan ....
biarlah hati yang memahami kerana madah kata hanya indah didengar bukan untuk dirasai.... itulah suara hati yang akan membuatkan kita rasa sangat tenang.... percayalah semua yang berlaku ini akan membawa kebaikan untuk kita berdua.... dont compare kita dengan mereka yang bercouple yang lain...... i am not like the others...
tidak ada nada marah di sini baca dengan mood yang hepi yer... huahhahahahhaah... slmat malam dunia......
x payahlah kol... kalau rindu pejam mata then remember me in ur heart... bukankah lebih menenangkan ....
biarlah hati yang memahami kerana madah kata hanya indah didengar bukan untuk dirasai.... itulah suara hati yang akan membuatkan kita rasa sangat tenang.... percayalah semua yang berlaku ini akan membawa kebaikan untuk kita berdua.... dont compare kita dengan mereka yang bercouple yang lain...... i am not like the others...
tidak ada nada marah di sini baca dengan mood yang hepi yer... huahhahahahhaah... slmat malam dunia......
coretan cinta pena akif.......
Ceritera harapan nenda
Wahai nandaku,
Telah kugadai seluas autentik fauna hijau,
Telah kuroboh kota nan lama,
Telah kukerah keringat tenaga bangsaku,
Telah kucalar aturan alam maya,
Untuk aku lakar tamadun intelek berpasak kukuh di bumi merdeka.
Gelaran keramat ‘putra’ insan kehormat,
Menjulang nama keagungan warisan silam,
Kuabadikan ia seiring jalanan waktu,
‘Jaya’ bertaut penghujung kalam,
Seindah aurora kemegahan panji negara maju,
Terukirlah sejarah baru bandaraya persekutuan.
Wahai nandaku,
Aku suburkan bumi ini dengan selaut kehijauan,
Bandar dalam taman senada keunggulan,
Aku kembalikan aturan alam bumi tuhan,
Agar kau tenang membawa bahtera persekutuan,
Berlayar jauh menyelusur hamparan kemajuan,
Setapak laju merempuh cabaran.
Putrajaya....
Manusia dan penciptaNya terjalin kukuh,
Manusia dan manusia berbilang tokoh,
Manusia dan alam berganding teguh.
Putrajaya,
Berfasa lama aku menanti,
Bandaraya moden acuan sendiri,
Disirat benang jaringan informasi,
Membawa Malaysia ke puncak tertinggi.
Bersama matlamat menuju destinasi.
Wahai nandaku,
Tiada pernah aku menongkah arus,
Melangkah lurus bukannya berpincang songsang,
Segalanya demi kesenangan nanda berzaman,
Pewaris ulung kemudi peradaban.
Mendukung leluhur harapan semurni bingkisan kenangan silam.
Akif amjad, 11/3/2012 6.06 p.m
Monday, January 9, 2012
istiqamah itu apa ye?
istiqamah berdasarkan pengetahuan saya ialah buat benda dengan berterusan..... ia seperti air yang menitis keatas batu secara berterusan akhirnya batu menjadi lekuk...... tapi jika simbah air sebaldi disembah hanya sekali x mungkin batu itu akan lekuk..... jadi kalau nak buat amal biar ia istiqamah means selalu buat ye.. biar sikit pun... igt tue....
nak tau lebih baca nie.....
nak tau lebih baca nie.....
PENGERTIAN ISTIQAMAH
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
- Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
- Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
- Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
- Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
- Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul Muslim)
Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.
Ruang lengkap Istiqamah
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh Istiqamah
- Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
- Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
- Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.
Tahap-tahap Istiqamah
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
- Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.
(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
- Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
- Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.
Hikmat Istiqamah
Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"
Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.
Sunday, January 1, 2012
cantiknya wnita bertudung...
tetiba je nak cakap pasal pompuan bertudung... sejuk mata melihatnya... sebenarnya pompuan ni sangat cantik bila pakai tudung.... dulu masa aku jahil aku selalu kutuk girl yg tudung labuh... kononnya lebih safety leh buat payung terjun n buat khemah untuk cmping.... just guna tudung dia.... macam2lah.....
ni kisah indahnya wanita bertudung dalam erti kata lain menutup aurat....
aku mendengar sebuah kisah dari member aku..... katanya wanita dan auratnya like gula2 dengan pembalutnya..... means wanita yang menjaga aurat n maruahnya seperti gula2 yang dibalut manakala wanita yg free hair or free apa saja tue mcm gula2 tanpa pembalut..... then campak semua tue ke tanah yang kotor dan berlumpur.... kemudian cuba kita pilih gula2 mana yang kita nak ambil samaada yang berbalut atau x?....
of courselah kita nak yg berbalut.... smalah dgn girl2 yang menutup aurat tulah pilihan lelaki.... walau ia dicampak kelembah yang hina ia tetap suci kerana di berbalut dengan iman dan islam......
ni pasal pompuan.... kononnya yang lelaki care sangat...
then pasal aurat laki... bukanke antara pusat hingga lutut... tapi aku tengok yg player bola islam lagi kenapa x tau nak jaga aurat... dedah lutut sana sini... tanpa segan silu.... kalau dekat pompuan bukan main lagi sound...
P/s: thanks to rahim coz tell this story..... sama2lah kita doa agar mereka semua di beri petunjuk bukanlah hak kita untuk mengutuk dan mengata.... sebaliknya tugaskita mendoakan agar mereka berubah ... insyaAllah....
selamat tahun baru
ni kisah indahnya wanita bertudung dalam erti kata lain menutup aurat....
aku mendengar sebuah kisah dari member aku..... katanya wanita dan auratnya like gula2 dengan pembalutnya..... means wanita yang menjaga aurat n maruahnya seperti gula2 yang dibalut manakala wanita yg free hair or free apa saja tue mcm gula2 tanpa pembalut..... then campak semua tue ke tanah yang kotor dan berlumpur.... kemudian cuba kita pilih gula2 mana yang kita nak ambil samaada yang berbalut atau x?....
of courselah kita nak yg berbalut.... smalah dgn girl2 yang menutup aurat tulah pilihan lelaki.... walau ia dicampak kelembah yang hina ia tetap suci kerana di berbalut dengan iman dan islam......
ni pasal pompuan.... kononnya yang lelaki care sangat...
then pasal aurat laki... bukanke antara pusat hingga lutut... tapi aku tengok yg player bola islam lagi kenapa x tau nak jaga aurat... dedah lutut sana sini... tanpa segan silu.... kalau dekat pompuan bukan main lagi sound...
P/s: thanks to rahim coz tell this story..... sama2lah kita doa agar mereka semua di beri petunjuk bukanlah hak kita untuk mengutuk dan mengata.... sebaliknya tugaskita mendoakan agar mereka berubah ... insyaAllah....
selamat tahun baru
Subscribe to:
Comments (Atom)





