Alhamdulillah.....
tamat jua praktikum tiga yang hebat dan mantap... hehhehehe... baru ku rasa yang aku sangat kuat dan berjiwa guru.....
siapa sangka yang aku berjaya mengharuring duri ranjau cabaran selama itu,,,,
pahit dan manis aku tempuhi jua.... terima kasih kepada yang sudi mencurahkan selaut ilmu buat aku.....
daripada Abu Darda' r.a.., Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." ( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibu Majah dan Ibu Hibban )
Sunday, April 29, 2012
Tuesday, March 13, 2012
AHMAD HUSAINI... u make me disapointed... ????....
ini topik hot buat masa ini... hangat sangat hangat..... husaini bakri mmg seorng lelaki yang sukar memahami perasaan perempuan..... hehhehehehh......
x payahlah kol... kalau rindu pejam mata then remember me in ur heart... bukankah lebih menenangkan ....
biarlah hati yang memahami kerana madah kata hanya indah didengar bukan untuk dirasai.... itulah suara hati yang akan membuatkan kita rasa sangat tenang.... percayalah semua yang berlaku ini akan membawa kebaikan untuk kita berdua.... dont compare kita dengan mereka yang bercouple yang lain...... i am not like the others...
tidak ada nada marah di sini baca dengan mood yang hepi yer... huahhahahahhaah... slmat malam dunia......

coretan cinta pena akif.......
Ceritera harapan nenda
Wahai nandaku,
Telah kugadai seluas autentik fauna hijau,
Telah kuroboh kota nan lama,
Telah kukerah keringat tenaga bangsaku,
Telah kucalar aturan alam maya,
Untuk aku lakar tamadun intelek berpasak kukuh di bumi merdeka.
Gelaran keramat ‘putra’ insan kehormat,
Menjulang nama keagungan warisan silam,
Kuabadikan ia seiring jalanan waktu,
‘Jaya’ bertaut penghujung kalam,
Seindah aurora kemegahan panji negara maju,
Terukirlah sejarah baru bandaraya persekutuan.
Wahai nandaku,
Aku suburkan bumi ini dengan selaut kehijauan,
Bandar dalam taman senada keunggulan,
Aku kembalikan aturan alam bumi tuhan,
Agar kau tenang membawa bahtera persekutuan,
Berlayar jauh menyelusur hamparan kemajuan,
Setapak laju merempuh cabaran.
Putrajaya....
Manusia dan penciptaNya terjalin kukuh,
Manusia dan manusia berbilang tokoh,
Manusia dan alam berganding teguh.
Putrajaya,
Berfasa lama aku menanti,
Bandaraya moden acuan sendiri,
Disirat benang jaringan informasi,
Membawa Malaysia ke puncak tertinggi.
Bersama matlamat menuju destinasi.
Wahai nandaku,
Tiada pernah aku menongkah arus,
Melangkah lurus bukannya berpincang songsang,
Segalanya demi kesenangan nanda berzaman,
Pewaris ulung kemudi peradaban.
Mendukung leluhur harapan semurni bingkisan kenangan silam.
Akif amjad, 11/3/2012 6.06 p.m
Monday, January 9, 2012
istiqamah itu apa ye?
istiqamah berdasarkan pengetahuan saya ialah buat benda dengan berterusan..... ia seperti air yang menitis keatas batu secara berterusan akhirnya batu menjadi lekuk...... tapi jika simbah air sebaldi disembah hanya sekali x mungkin batu itu akan lekuk..... jadi kalau nak buat amal biar ia istiqamah means selalu buat ye.. biar sikit pun... igt tue....
nak tau lebih baca nie.....
nak tau lebih baca nie.....
PENGERTIAN ISTIQAMAH
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
- Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
- Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
- Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
- Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
- Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul Muslim)
Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.
Ruang lengkap Istiqamah
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh Istiqamah
- Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
- Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
- Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.
Tahap-tahap Istiqamah
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
- Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.
(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
- Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
- Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.
Hikmat Istiqamah
Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"
Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.
Sunday, January 1, 2012
cantiknya wnita bertudung...
tetiba je nak cakap pasal pompuan bertudung... sejuk mata melihatnya... sebenarnya pompuan ni sangat cantik bila pakai tudung.... dulu masa aku jahil aku selalu kutuk girl yg tudung labuh... kononnya lebih safety leh buat payung terjun n buat khemah untuk cmping.... just guna tudung dia.... macam2lah.....
ni kisah indahnya wanita bertudung dalam erti kata lain menutup aurat....
aku mendengar sebuah kisah dari member aku..... katanya wanita dan auratnya like gula2 dengan pembalutnya..... means wanita yang menjaga aurat n maruahnya seperti gula2 yang dibalut manakala wanita yg free hair or free apa saja tue mcm gula2 tanpa pembalut..... then campak semua tue ke tanah yang kotor dan berlumpur.... kemudian cuba kita pilih gula2 mana yang kita nak ambil samaada yang berbalut atau x?....
of courselah kita nak yg berbalut.... smalah dgn girl2 yang menutup aurat tulah pilihan lelaki.... walau ia dicampak kelembah yang hina ia tetap suci kerana di berbalut dengan iman dan islam......
ni pasal pompuan.... kononnya yang lelaki care sangat...
then pasal aurat laki... bukanke antara pusat hingga lutut... tapi aku tengok yg player bola islam lagi kenapa x tau nak jaga aurat... dedah lutut sana sini... tanpa segan silu.... kalau dekat pompuan bukan main lagi sound...
P/s: thanks to rahim coz tell this story..... sama2lah kita doa agar mereka semua di beri petunjuk bukanlah hak kita untuk mengutuk dan mengata.... sebaliknya tugaskita mendoakan agar mereka berubah ... insyaAllah....
selamat tahun baru

Saturday, December 31, 2011
ku tinggalkan kenangan semalam...
Alhamdulillah .... tahun 2011 akan melangkah pergi.... kini aku menanti tibanya tahun baru agar ia memberikan aku semangat baru.. ingin aku kongsi bagaimana cara yang terbaik utk sambut tahun baru....
- kita sesama buat solat hajat mohon dijauhkan dari bencana yang merosakkan maruah agama kita (zina dan seks bebas) kerana sudah tentu ramai bayi yg terhasil tanpa sah pada malam tahun baru.....
- tetapkan azam dan matlamat yg jelas pada jalan Allah...
- istiqamah cinta atas jalan iman dan islam...
- gandakan usaha untuk majukan umat islam....
kutinggalkan kisah semalam yang buruk2:
- malas nak baca Al-Quran....
- solat kena paksa.. ish2 teruknya aku...
- malas belajar.... _semakin nak habis study makin malas jadinya_....
- x jaga batas pergaulan... (x delah sampai aku sentuh anak dara orang setakat ni)
- ape lagi yer.... sebenarnya banyak lagi yg buruk......
izinkan aku melangkah di duniaMu... agar aku temui hidayah Mu.... bersama yang tercinta....Ya Allah seandainya aku khilaf selama ini ampunilah aku,..... lindungilah jalan buat saudara ku aisyah agar ia sentiasa tenang meniti jalanMu ya Allah....
p/s: mood tgah x tenang dok pikir ttg result sem6..... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuyhu.....
Saturday, December 24, 2011
apa yg kita nak sebenarnya.....
termenung aku sendiri.... entah semakin hari semakin aku terfikir.....
APA SEBENARNYA YANG AKU MAHUKAN......
aku sendiri tak pasti... dimana kesudahannya keinginan aku.... aku x bersyukur ke?... aku hanya ingin mengejar peluang untuk berubah..... adakah aku terlalu kejam.... membiarkan urusan cinta itu ketepi.... menghancurkan kerinduanya untuk menjaga kesucian islam.... aku cuma takut hati terbelenggu dengan cinta kerana aku masih belum halal untuk kamu..... maaf sangat2 sebab sering melukakan hati kamu.... aku masih belum cukup sempurna untuk menerima cinta kamu............. sehingga kamu menjadi halal untuk aku... bukan aku tak memahami apa yang kamu inginkan tapi masanya belum tiba..... aku harap kau mengerti.... bukan semua yang kita inginkan itu terbaik untuk kita,,,, ingatlah walau sesulitmana pun dugaan itu ingat hasilnya tetap yg terbaik untuk kita.... berikanlah aku hidayah Mu...... Istiqamahkan aku pada jalan Mu....... Redhalah setiap perjuangan aku ini Ya Allah.....
seringkali juga aku menjadi seorang yg selfish.... cakap aku je betul..... cakap org semua salah ..... aku ni serba tahu pada hakikatnya ...... teruk sangat2..
its time utk berubah....... go n never give up.....

Subscribe to:
Posts (Atom)