Monday, January 9, 2012

istiqamah itu apa ye?

istiqamah berdasarkan pengetahuan saya ialah buat benda dengan berterusan..... ia seperti air yang menitis keatas batu secara berterusan akhirnya batu menjadi lekuk...... tapi jika simbah air sebaldi disembah hanya sekali x mungkin batu itu akan lekuk..... jadi kalau nak buat amal biar ia istiqamah means selalu buat ye.. biar sikit pun... igt tue....
 nak tau lebih baca nie.....


PENGERTIAN ISTIQAMAH
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul Muslim)
Ertinya:  Katakanlah:  Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Ruang lengkap Istiqamah

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:

Contoh Istiqamah

  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.

Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
  1. Istiqamah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  Firman Allah Taala.
(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran  dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
  1. Istiqamah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.  Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
  1. Istiqamah perubatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah.  Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.

 

Hikmat Istiqamah

Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran.  Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya.  Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan.  Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya:  Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya."  "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

Membentuk Sikap Istiqamah

Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam. 
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Sunday, January 1, 2012

cantiknya wnita bertudung...

tetiba je nak cakap pasal pompuan bertudung... sejuk mata melihatnya... sebenarnya pompuan ni sangat cantik bila pakai tudung.... dulu masa aku jahil aku selalu kutuk girl yg tudung labuh... kononnya lebih safety leh buat payung terjun n buat khemah untuk cmping.... just guna tudung dia.... macam2lah.....

ni kisah indahnya wanita bertudung dalam erti kata lain menutup aurat....

aku mendengar sebuah kisah dari member aku..... katanya wanita dan auratnya like gula2 dengan pembalutnya..... means wanita yang menjaga aurat n maruahnya seperti gula2 yang dibalut manakala wanita yg free hair or free apa saja tue mcm gula2 tanpa pembalut..... then campak semua tue ke tanah yang kotor dan berlumpur.... kemudian cuba kita pilih gula2 mana yang kita nak ambil samaada yang berbalut atau x?....
of courselah kita nak yg berbalut.... smalah dgn girl2 yang menutup aurat tulah pilihan lelaki.... walau ia dicampak kelembah yang hina ia tetap suci kerana di berbalut dengan iman dan islam......

ni pasal pompuan.... kononnya yang lelaki care sangat...
then pasal aurat laki... bukanke  antara pusat hingga lutut... tapi aku tengok yg player bola islam lagi kenapa x tau nak jaga aurat... dedah lutut sana sini... tanpa segan silu.... kalau dekat pompuan bukan main lagi sound...

P/s: thanks to rahim coz tell this story.....  sama2lah kita doa agar mereka semua di beri petunjuk bukanlah hak kita untuk mengutuk dan mengata.... sebaliknya tugaskita mendoakan agar mereka berubah ... insyaAllah....
selamat tahun baru

Saturday, December 31, 2011

ku tinggalkan kenangan semalam...

Alhamdulillah .... tahun 2011 akan melangkah pergi.... kini aku menanti tibanya tahun baru agar ia memberikan aku semangat baru.. ingin aku kongsi bagaimana cara yang terbaik utk sambut tahun baru....

  • kita sesama buat solat hajat mohon dijauhkan dari bencana yang merosakkan maruah agama kita (zina dan seks bebas) kerana sudah tentu ramai bayi yg terhasil tanpa sah pada malam tahun baru.....
  • tetapkan azam dan matlamat yg jelas pada jalan Allah...
  • istiqamah cinta atas jalan iman dan islam...
  • gandakan usaha untuk majukan umat islam....
kutinggalkan kisah semalam yang buruk2:
  • malas nak baca Al-Quran....
  • solat kena paksa.. ish2 teruknya aku...
  • malas belajar.... _semakin nak habis study makin malas jadinya_....
  • x jaga batas pergaulan... (x delah sampai aku sentuh anak dara orang  setakat ni)
  • ape lagi yer.... sebenarnya banyak lagi yg buruk......
izinkan aku melangkah di duniaMu... agar aku temui hidayah Mu.... bersama yang tercinta....Ya Allah seandainya aku khilaf selama ini ampunilah aku,..... lindungilah jalan buat saudara ku aisyah agar ia sentiasa tenang meniti jalanMu ya Allah....

p/s: mood tgah x tenang dok pikir ttg result sem6..... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuyhu.....

Saturday, December 24, 2011

apa yg kita nak sebenarnya.....

termenung aku sendiri.... entah semakin hari semakin aku terfikir.....
APA SEBENARNYA YANG AKU MAHUKAN......
aku sendiri tak pasti... dimana kesudahannya keinginan aku.... aku x bersyukur ke?... aku hanya ingin mengejar peluang untuk berubah..... adakah aku terlalu kejam.... membiarkan urusan cinta itu ketepi.... menghancurkan kerinduanya untuk menjaga kesucian islam.... aku cuma takut hati terbelenggu dengan cinta kerana aku masih belum halal untuk kamu..... maaf sangat2 sebab sering melukakan hati kamu.... aku masih belum cukup sempurna untuk menerima cinta kamu............. sehingga kamu menjadi halal untuk aku... bukan aku tak memahami apa yang kamu inginkan tapi masanya belum tiba..... aku harap kau mengerti.... bukan semua yang kita inginkan itu terbaik untuk kita,,,, ingatlah walau sesulitmana pun dugaan itu ingat hasilnya tetap yg terbaik untuk kita.... berikanlah aku hidayah Mu...... Istiqamahkan aku pada jalan Mu....... Redhalah setiap perjuangan aku ini Ya Allah.....

seringkali juga aku menjadi seorang yg selfish.... cakap aku je betul..... cakap org semua salah ..... aku ni serba tahu pada hakikatnya ...... teruk sangat2..

its time utk berubah....... go n never give up.....

Sunday, December 18, 2011

edit dr blog lama..

tentunya anda masih ingat kisah ini...
inilah penulisan insan yang masih mencari pegangan hidup dalam sinar islam.... cara dakwahku mungkin berbeza dengan kalian... namun InsyaAllah apa yang cuba aku sampaikan tidak bercanggah dengan islam..... mungkin ini coretan hati bagi insan yang teringin memeluk islam.... Aisya Humairah aku sangat berharap agar engkau diberi hidayah... aku bukan wali mahupun nabi.... ilmuku cukup terbatas.... namun aku akan membantu engkau untuk memudahkan jalan engkau menuju ALLAH yang selayaknya kita sembah.....

islam itu umpama epal.....

inilah perkongsian petunjuk selepas aku mengalami stress yg amat serabut.....

satu kumpulan manusia akan diberi sebiji epal setiap seorang daipadanya.... mereka diberi masa selama satu hari, satu minggu , satu bulan bahkan satu tahun ataupun selama-lamanya untuk menjaga epal itu. epal hendaklah dibawa kemana sahaja tempat yang dia pergi.......

selepas satu satu bulan terdapat tiga golongan dalam kumpulan tersebut... golongan pertama menghilangkan epal kerana kecuaian, golongan kedua membawa epal yang rosak dan golongan ketiga membawa biji epal beserta tangkai sahaja.....

kesimpulan.....
epal itu umpama islam jd islam harus sentiasa bersama kita.... dan kita wajib menjaga islam,,,,

golongan pertama~ mengabaikan islam bahkan ada diantara mereka tidak berpegang pada islam atau murtad... YA ALLAH JAUHKAN UMAT ISLAM DARI BENCANA INI!!!!!

golongan kedua~ masih mengaku islam namun dengan cara yang kurang sesuai atau islam hanya pada nama... ada agama tetapi tidak amalkan.... ada islam namun tak pandai untuk menjaganya ....lihatlah epal itu rosak, islam itu rosak dan sudah tentu islam dipandang rendah,............... YA ALLAH JGN JDIKAN KAMI MUNAFIK.......

golongan terakhir~ adalah golongan yang terbaik kerana dia telah memakan buah epal itu.... dan meninggalkan biji dan tangkai.... ditanya mengapa?... lalu dia menjawab " aku makan buah ini kerana aku mahu ia terus bersama aku... apabila ia sudah sebati dengan darah ku maka aku akan selalu menjaga epal itu...... smalah dengan konsep islam yang kita amalkan dan tempat simpananya adalah di hati..... dan biji tersebut akan saya tanam untuk menjadi pepohon yang lain supaya buahnya akan terus tersebar keseluruh dunia..... kerana islam itu indah jadi kita perlu menyebarkannya supaya orang lain juga kenal islam...."

begitulah konsep hidup beagama ... dakwah itu penting.... masa yang diberi menandakan berapa lama yang kita perlukan untuk memahami islam dan seterusnya menyebarkannya..... setiap orang berbeza.......

P/S : inilah tarian pena hamba yang sentiasa mencari sinar islam yang sebenar........ tolong sebarkn kepada non-muslim.....

setiap manusia itu dikurniakan hati dimana hati ini sentiasa menginginkan kebaikan dan ingin semua orang merasai kebaikan itu... hidayah Allah untuk semua yg berusaha mencarinya.... aku bukan sufi aku hanya manusia biasa yang masih ingin belajar..... jika diri ini lemah berikanlah aku kekuatan.... 


Thursday, December 15, 2011

disebalik yg jernih....

pasti kita merasakan tenang bila melihat air yg mengalir di kala air nya jernih dan bersih.....
namun, siapa tahu bahawa airnya yang beracun.... begitulah diri aku... berselindung disebalik wajah yang baik nih... sebenarnya aku x sebaik itu pun.... aku mmg teruk... dosa berlambak2 dah tak termampu untuk aku tebus.. bila dosa itu masih berterusan... apakah kesudahanya aku akan terjerat oleh api neraka... ya Allah jauhilah aku dari kemungkaran.... 
mengharap cahaya yg semakin terang.... hadir mu kasih aisyah.. memberikan aku kekuatan untuk terus mencari redha Allah....... berikan kami kesucian cinta... agar jalan halal menjadi haluan kami.....

Sunday, December 4, 2011

cinta bukan untuk dimiliki tapi untuk dirasai....

seandainya hati ini masih mampu melangkah jauh tanpa hadirnya dirimu...
sudah pasti aku akan pergi jauh dari sisimu....
seandainya aku sudah tidak berhak untuk cintamu ...
semuanya kuserah pada takdir yang pernah menyatukan aku dan kamu....
seandainya aku sudah tidak kuat untuk bersamamu....
izinkan aku mengabadikan sejarah cintaku dalam mimpimu....

saat aku tanpa mu....
Allah sentiasa bersama ku... dan tetap jua bersama kamu.....
andai jodoh telah tertulis antara aku dan kamu.....
insyaAllah jodoh bersatu dalam sujudmu....

sebuah lukisan cintamu..
tetap bersama dirimu...
andai kau masih mengingatiku...
carilah aku dalam doamu...
insyaAllah ... cinta kita akan bersatu.....

walau cinta terhalang ......
cinta itu takkan hilang.....

aku akan tetap mencintaimu sayang ...... setia selamanya...