Thursday, December 1, 2011

bila semua senyum!!!!!!...

senyum... x perlu kata apa2...


 entah bukan tak mahu senyum tapi bila hati tak senang nak senyum macam mana.... kan.... bila kita hadapi masalah pun susah nak senyum.... bila gagal exam pun susah gak nak senyum,... bila kecewa dlam bercinta pun susah gak....

 jadi mcm mna nak senyum... ..
~ bukak u tube tengok je lawak bodoh2....
~ then tengok je muka kita kat cermin.... cuba senyum... kalau buruk... gelak kuat2...
~ senyum je sehari 24 jam tanpa sebab....

 semua org pasti bahagia.... sya cuba utk senyum.. 24 jam...... without knowing why i do like that... hahahhahaha... that is KABER..... coz KABER always happy.....  but .... me cannot..coz im too sensitive....

Wednesday, November 30, 2011

PleAsE StaY.....

If I got on my knees and I pleaded with you,
Not to go but to stay in my arms,
Would you walk out the door,
Like you did once before?
This time,
Be different,
Please stay,
don't go.

If I call out your name like a prayer,
Would you leave me alone with my tears?
Knowing I need you so,
Would you still turn and go?
This time,
Be different,
Please stay
don't go
Please stay

I loved you before I even knew your name,
And I wanted to give you my heart,
But then you came back after leaving me one time,
I knew that the heartache would start

If I called out your name like a song,
That was written for you,
You alone
Would you still hurt my pride?
Oh hey, how I cried
This time,
Be different,
Please stay
Please stay, don't go
Please stay, don't go
Please stay. 

entah... tetiba je sedih dengar lgu nie........... harap org yg saya sayang stay with me,....

Tuesday, November 29, 2011

life is not simple...

tell me .....  wht is the best way to get happy.....?..
selamat tahun baru... salam maal hijrah buat semua... semoga kita membuka lembaran baru dengan penuh rasa cinta yang mendalam buat Mahakarya cinta agung.... Allah...

everyone wanna be happy right?
samelah dengan saye... hehhehhe...
betul ke sya cintakan dia atau hanya simpati....??????... i become crazy bila dia xckap x perlu simpati dgnnya....
yg penting bila cinta itu datang ia sukar dikawal....... setiap mesejnya membuatkan aku jadi gila... hahhahahahha.....  risau asyik dia mcm minta putus je... ish2....

what i believe is... jodoh milik Allah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.just let u noe....  for the rest of my life i'll be with u........ terbanglah bersama burung2 menghias pemandangan melakar bintang....

Saturday, November 5, 2011

termenung ku sendiri...

Assalamualaikum...

semakin aku mengejar dunia semakin aku jauh dari Allah....
sehingga aku tersungkur dipersimpangan cinta....
di antara cinta Allah dengan cinta manusia..
akhirnya aku sedar bahawa cinta Allah itu lebih dari segala-galanya.....
kini aku kembali bersujud...

Ya Allah jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur.. amin....

Thursday, October 20, 2011

kisah yg di copy dr blog khalifah... best sangat...


Rasullullah SAW dikatakan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah untuk mengembala kambing milik penduduk Mekah.

Upah tersebut mungkin jauh dari memadai memandangkan kemampuan bapa saudara baginda Abu Talib yang terhad untuk menyara keluarganya sendiri dan Nabi Muhammad yang dalam jagaan beliau itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya itu: "Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia.

"Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, iaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk diniagakan di Syam (Syria).

"Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu?"

Kemungkinan atas rasa segan Nabi Muhammad tidak segera melamar pekerjaan itu walaupun baginda sangat bersetuju memenuhi permintaan bapa saudaranya.

Ini kerana baginda tidak pernah berkenalan dengan Siti Khadijah sebelum ini dan baginya adalah tidak salah supaya wakil pihak wanita itu untuk menemuinya.

Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi: "Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki.

"Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain.

"Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.

Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu."

Lalu kepada wakil itu, Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Siti Khadijah dan tanpa membuang masa baginda bergegas untuk membantu wanita itu.

Baginda mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama baginda dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu.

Pemergian kali ini merupakan satu lagi usaha baru yang dilakukan oleh Rasulullah. Sebelum ini baginda terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk mengembala kambing yang baginda lakukan sejak dalam jagaan ibu susuannya, Halimah Saadiah sehinggalah terlibat dalam peperangan dan sebagainya.

Baginda tidak sekadar membawa dagangan milik Siti Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk diniagakan, tetapi baginda juga perlu niagakan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh wanita bangsawan itu.

Ini bererti baginda sanggup menyahut apa juga cabaran lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang baru atau yang tidak pernah ditempuh oleh baginda sebelum ini.

Hasilnya, sejurus baginda selamat tiba di Syria, diringkaskan seluruh anggota kafilah yang mengikuti rombongan yang diketuai oleh baginda itu akhirnya pulang semula ke Mekah dengan hasil perniagaan yang sangat menguntungkan!

Namun keuntungan yang diperoleh oleh baginda sendiri adalah lebih menguntungkan berbanding saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu.

Peribadi yang menarik

Disebabkan ia merupakan pengalaman pertama baginda berniaga dan juga membawa barang dagangan orang lain, tentulah ia suatu keadaan yang menyukarkan kepada baginda.

Namun ternyata cabaran itu berjaya disahut dan ini menambahkan lagi kematangan dan kemahiran kepada baginda.

Baginda kemudiannya bersama ahli rombongan yang lain kembali semula pulang ke Kota Mekah dalam satu perjalanan yang dipelihara Allah, selamat dari sebarang mara bahaya.

Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka.

"Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera khabarkan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini.

"Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah.

Baginda tidak bermasalah untuk menerima saranan Maisarah itu. Dengan segera baginda berkejar ke Mekah semata-mata untuk menemui Siti Khadijah.

Di Kota Mekah, Siti Khadijah berlari turun dari kamarnya apabila mendapati seorang pemuda tampan yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar.

Beliau segera bertanyakan kepada pemuda tersebut akan berita yang hendak disampaikan kepadanya.

Walaupun ini merupakan kali pertama baginda bertemu Khadijah secara bersemuka, namun baginda tidak mempunyai masalah berkongsi berita-berita gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam.

Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad itu dan tanpa sabar-sabar beliau pun bercerita kepada Khadijah.

Maisarah menceritakan kepada wanita itu pengalaman sepanjang beliau menjadi budak suruhan Nabi Muhammad, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu.

Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan.

Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya.

Di masa lain, Maisarah juga menceritakan kepada wanita ternama ini bagaimana Rasulullah juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Lat dan Uzza.

Tetapi Nabi Muhammad menjawab: "Saya menganggap Lat dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini!"

"Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah.

Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra.

Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu.

Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya.

Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu.

Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".

Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad.

Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad.

"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!

"Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad.

"Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.

Maisarah dan isterinya bebas gara-gara kisah Nabi Muhammad! 


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/kisah-rasulullah-bersemuka-dengan-siti.html#ixzz1bK32f7TC

Wednesday, September 14, 2011

kisah nabi Yusof a.s.... untuk aisyah humairah...

Yusuf yang paling tampan dan paling disayang oleh ayahnya menjadi sasaran iri hati sepuluh orang saudara-saudara lelakinya lain ibu (kecuali Bunyamin yang satu ibu dengan Yusuf). Mereka berencana mencelakakan Yusuf. Awalnya mereka berencana membawa Yusuf keluar dan membunuhnya. Tetapi oleh saran Yahudza (yang sebenarnya menyayangi Yusuf), akhirnya mereka mengubah rencana dengan membuang Yusuf ke suatu sumur agar diambil oleh kafilah dagang yang melewati daerah tersebut. Rencana mereka tersebut dilaksanakan dan berhasil. Sebelum pulang mereka mengambil baju Yusuf dan melumurinya dengan darah palsu. Kemudian, pada Nabi Ya’kub as. ayah mereka, dikatakan bahwa Yusuf tewas diterkam serigala. Nabi Ya’kub sangat sedih karena beliau tahu hal tersebut tidak benar. Beliau sebagai nabi tahu bahwa Yusuf dicelakakan saudara-saudaranya. Tetapi beliau bersabar.
Yusuf dibawa oleh kafilah dagang tersebut dan dijual di Mesir. Salah seorang menteri kerajaan Mesir membelinya sebagai budak. Saat itu yang berkuasa di Mesir adalah seorang raja, bukan fir’aun. Ahli sejarah memperkirakan Nabi Yusuf ada di zaman Dinasti Hyksos sedang berkuasa. Setelah Yusuf dewasa, dia pun diangkat Tuhan menjadi rasul-Nya. Setelah itu, datang ujian dari Tuhan. Beliau terkena fitnah dengan Zulaikha, yaitu istri tuannya. Wanita itu menuduh Nabi Yusuf as. mau menodainya. Fitnah tersebut terbukti tidak benar, tetapi Nabi Yusuf tetap dipenjara untuk menjaga kehormatan tuannya.
Di penjara beliau berjumpa dengan dua orang tahanan yang ingin mimpi mereka ditafsirkan. Nabi Yusuf yang memang diberi mukjizat dapat menafsirkan mimpi, dengan tepat dapat menafsirkan mimpi mereka. Tapi beliau masih berada dalam penjara hingga beberapa tahun kemudian sampai raja Mesir yang bermimpi. Nabi Yusuf pun menafsirkan mimpi raja dengan tepat, hingga akhirnya beliau dikeluarkan dari penjara, dimuliakan dan diangkat jadi bendahara negara Mesir. Setelah menjadi bendahara inilah, saudara-saudaranya datang ke Mesir untuk mencari persediaan pangan karena saat itu sedang paceklik. Mereka yang tak lagi mengenal Nabi Yusuf pun meminta pertolongan pada beliau as. Nabi Yusuf menolong beliau dengan syarat mereka mau membawa adiknya (Bunyamin) ke Mesir. Akhirnya Nabi Yusuf bertemu kembali dengan adiknya. Setelah itu beliau pun meminta saudara-saudaranya membawa ayah dan ibu (tirinya) ke Mesir. Betapa berbahagianya Nabi Ya’kub as. setelah berpisah puluhan tahun dapat bertemu kembali dengan Nabi Yusuf as. Saudara-saudara Nabi Yusuf pun bertaubat pada ALLAH melalui ayah mereka dan ayah mereka pun mau memohonkan ampunan dari Tuhan untuk mereka. Kemudian seluruh keluarga mereka, Nabi Ya’kub, istri-istrinya, anak-anak dan cucu-cucunya pindah ke negeri Mesir, mengikuti Nabi Yusuf as. Inilah asal muasalnya Bani Israil berpindah ke Mesir.
Setelah beratus tahun hidup di Mesir, kekuasaan berpindah. Dinasti Fir’aun kembali dapat merebut kekuasaan dan mengalahkan dinasti para raja Hyksos. Bani Israil yang tadinya hidup mulia sepeninggal Nabi Yusuf, bertukar nasib menjadi budak-budak Fir’aun. Jumlah mereka setelah ratusan tahun telah membesar menjadi ratusan ribu orang. Keadaan terus begini selama beberapa ratus tahun hingga ALLAH mengutus Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. kepada Bani Israil.

Monday, September 12, 2011

perjalananku...

dah 22 tahun rupanya.... tapi ibadat yg aku buat selama ini entah cukup-entah tidak dengan usia aku sekarang..... maybe now is the right time to think about kawen n start to kumpul duet banyak2...

terima kasih bagi semua yg masih mengingati saya walau saya x seglamer mana pun... what i wish 4 my bufday is~ sihat dalam iman & islam with my family and cepat2 dapat kawen dengan aisyah humairah.... i really love u... n also for my students .. semoga dapat 5A...... amin...